awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kesian anak anjing ni, mana mak dia?" - Izzue Islam selamatkan anjing dalam longkang

Sinar Harian
Sinar Harian
03/03/2018
15:29 MYT
"Kesian anak anjing ni, mana mak dia?" - Izzue Islam selamatkan anjing dalam longkang
Rata-rata pengikutnya di IG memuji tindakan Izzue yang disifatkan sebagai cukup prihatin biarpun melihatkan haiwan yang dianggap terlalu sensitif dengan orang Islam. - Foto Instagram
Di sebalik siri kontroversi yang melanda artis dan selebriti tanah air beberapa hari ini, pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam mendapat pujian ramai apabila bertindak menyelamatkan anak anjing yang terjatuh ke dalam longkang.
Menerusi video berdurasi satu minit yang dimuat naik Izzue menerusi laman Instagramnya (IG) kurang sejam yang lalu, memaparkan aksinya yang cuba sedaya upaya mengambil dua ekor anak anjing yang terjatuh itu.
“Kesian anak anjing ni, mana mak dia?” tulis Izzue pada kapsyen video tersebut.
Rata-rata pengikutnya di IG memuji tindakan Izzue yang disifatkan sebagai cukup prihatin biarpun melihatkan haiwan yang dianggap terlalu sensitif dengan orang Islam.
Izzue dilihat menggunakan kayu penyodok untuk mengangkat anak anjing tersebut ke atas sekali gus menyelamatnya daripada dihanyutkan air.
Turut kelihatan dua lelaki yang membantu Izzue mengangkat seekor lagi yang turut terperangkap di dalam longkang.
Dalam masa tidak sampai 30 minit, video tersebut telah mendapat 17,000 likes selain komen-komen positif yang diberikan netizen sebagai tanda sokongan atas keprihatinan Izzue.
Topic Berkaitan
#anjing
#Forteen
#Instagram
#Izzue Islam
#video
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan