Pasti ramai yang masih mengingati persembahan bertenaga Najwa Mahiaddin menyanyikan lagu Seri Mersing sewaktu di Festival Filem Malaysia ke-27 Oktober lalu.
Di sebalik wajah yang kadangkala tersembunyi di balik fesyen tudung popular Hana Tajima, semangat Najwa untuk berkarya dalam memperkenalkan jenama iramanya tetap terserlah dan bernyala.
Single terbaru Najwa, Sama Saja yang menjadi lagu tema filem pendek Ikal Mayang merupakan lagu pop bertempo sederhana yang tidak jauh berbeza dengan jenama irama Najwa yang ‘gelap’ dalam albumnya Aurora, namun turut menampilkan kebolehan beliau dalam memperkenalkan melodi baru dan unik.
“Saya mahu lagu ini ada unsur dalam album Aurora – pertembungan budaya Timur dan Barat,” ujar Najwa.
“Saya sudah lama menulis lagu ini sempena pelancaran Ikal Mayang pada bulan Mac, dan ada banyak perubahan sebelum saya dapat bunyi yang saya inginkan. Saya mahu anda semua mendengar lagu ini dan anda tahu – oh, ini lagu Najwa – supaya mereka kenal bunyi ini, supaya mereka kenal identiti muzik saya.”
Setakat ini, Najwa merupakan satu-satunya penyanyi dalam industri muzik tempatan masa kini yang memperjuangkan jenama R&B/pop beliau yang tersendiri. Penulisan dan susunan lagu itu misalnya, benar-benar menarik namun mungkin akan kedengaran sedikit asing bagi pasaran muzik balada Melayu yang meminati karya Najwa sebelum ini seperti Got To Go dan Impian Terindah.
Sama Saja juga unik dalam diskografi Najwa kerana walaupun sering berkarya dalam bahasa Melayu, beliau hanya pernah melancarkan dua single berbahasa Melayu iaitu Impian Terindah dan Seri Mersing.
Menurut Najwa, album Aurora telah mempertemukan beliau dengan irama yang mampu beliau hayati, dan juga memberi kesedaran bahawa beliau mampu berkarya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Lagu Sama Saja diterbitkan oleh Ali Aiman. Menurut Najwa, mereka berdua mempunyai persefahaman yang tinggi dalam menghasilkan lagu ini.
“Saya beritahu Aiman, saya mahu lagu seperti Oh Sailor nyanyian Mr Lil Jeans, lagu serancak pop namun masih ada ketenangan dan ruang. Bukan lagu pop yang terlalu ceria. Saya juga minta dia masukkan bunyi gamelan.”
Video muzik bagi Sama Saja diterbitkan oleh Luey Motion Lab dengan mesej yang tersendiri. Bertempat di Galeri Chandan, Publika, video tersebut menampilkan aksi beberapa pasangan dan kumpulan rakan berbilang bangsa terhadap pameran karya Jazon Khoo @ Sharawa.
Sekali imbas, video ini kelihatan seperti dokumentari yang menyampaikan mesej khidmat masyarakat. Namun begitu, nilai dan perasaan yang dipaparkan oleh pasangan yang terlibat dalam pembikinan video muzik ini kelihatan begitu jujur dan menyentuh hati.
Muzik video yang memberi fokus kepada hubungan pasangan dari bangsa yang berbeza ini turut menampilkan Najwa sendiri yang baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinan dengan Idris Koh Keng Hui, jejaka berketurunan Cina.
“Saya mahu lagu ini sampai kepada mereka yang kekok dengan konsep hubungan ini. Saya mahu mereka sedar bahawa hubungan seperti ini memang wujud, dan sama saja dengan hubungan lain.”
Najwa yang juga anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, menerima sokongan penuh dari keluarga untuk mengahwini Keng Hui. Ibu bapa beliau bahkan teruja akhirnya beliau menemui cinta hati dan bersedia untuk berkeluarga.
Masa Depan
Selepas menamatkan pengajian di Berklee College of Music di Boston, Najwa berjaya mengembangkan identiti muziknya dengan sokongan padu teman dan rakan sekolej.
“Perancangan saya, Sama Saja akan dilancarkan sebagai single saja. Selepas album Aurora siap, saya fikir saya perlu kekalkan elemen irama yang ada untuk karya seterusnya. Saya juga sedang merancang album baru untuk tahun depan.”
Bersempena dengan pelancaran video muziknya, Najwa turut mengajak para pendengar untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam menghadapi perbezaan budaya dalam kehidupan. Persoalannya, kita semua berbeza antara satu sama lain maka apakah persamaannya?
“Memang benar kita berbeza,” simpul Najwa, “tapi apabila kita ketepikan segala prejudis, ingatlah bahawa kita semua manusia.”
“Kita mahukan perkara yang sama, kau dan aku sama saja, kita mahu mencinta dan dicintai.”
Daily Seni
Thu Dec 03 2015
Najwa Mahiaddin melancarkan single dan video muzik terbaru, Sama Saja, yang menjadi lagu tema filem pendek Sama Saja.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Farid Kamil nafi rumah tangga berantakan
Jangan cepat reka cerita yang bukan-bukan, hubungan Farid dan Diana sangat harmoni.
Pemburuan fenomena Aurora, apa yang anda perlu tahu?
Walaupun Aurora dapat dilihat selama lapan bulan dalam setahun, ia tetap satu fenomena alam yang sukar difahami.
Lima maut di Illinois insiden tembak menembak di kawasan kilang
Dalam kejadian sama, lima anggota polis dilaporkan cedera namun kini dalam keadaan stabil.
"Kereta kami tak bergerak pun bodoh" - Kerana pangku anak, Diana Danielle berbalah dengan netizen
Pelakon Diana Danielle hilang sabar dengan tindakan netizen yang membuat provokasi di Instagramnya semalam.
Najwa Mahiaddin 'berteka-teki' di media sosial
PENYANYI Najwa Mahiaddin dalam twit terbarunya bagai memberi gambaran bakal keluar dengan buah tangan baru buat peminat.
Ketepikan prejudis, kita semua manusia, pesan Najwa dalam 'Sama Saja'
Najwa Mahiaddin melancarkan single dan video muzik terbaru, Sama Saja, yang menjadi lagu tema filem pendek Sama Saja.