awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khai Bahar dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan Al Azhar Care

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
26/06/2023
09:10 MYT
Khai Bahar dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan Al Azhar Care
Khai Bahar (dua dari kiri) berkata, beliau dengan rela hati untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan tanpa menetapkan tempoh kerjasama. - Foto: Al Azhar Care
KUALA LUMPUR : Penyanyi popular, Khai Bahar dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan Bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Al Azhar Care.
Pelantikan penyanyi lagu Luluh itu adalah kerana penglibatannya yang aktif dalam menyumbangkan tenaga terhadap aktiviti kesukarelawanan.
Menurut Presiden Al Azhar Care, Alif Mahari, lantikan ini cukup signifikan dalam misi kesukarelawanan NGO itu untuk menyalurkan bantuan menerusi program korban, akikah, wakaf Quran dan wakaf telaga di benua Afrika pada tahun ini.
“Kami sangat berbesar hati dengan kehadiran Khai Bahar dalam misi ibadah korban kali ini dan sudi menjadi ikon kemanusiaan Al Azhar Care,
“Semoga dengan asbab Khai Bahar menjadi ikon ini dapat menarik lebih ramai lagi orang di luar sana untuk sama-sama menyertai program serta aktiviti yang dianjurkan,” katanya.
Selain itu, Khai Bahar berkata, ini bukan kali pertama beliau turut serta dalam aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan bersama mana-mana organisasi dan tidak menetapkan tempoh kerjasama antara kedua-dua pihak.
Sebaliknya, beliau rela hati untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan yang dapat memberi manfaat kepada individu lain.
“Ini bukan pertama kali saya bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan, malah tidak megikat sebarang kontrak, , tapi dengan rela hati saya menjadi sukarelawan dan tidak menetapkan tempoh tahun supaya kebaikan yang saya lakukan ini saya dapat kongsikan pada semua orang,” ujarnya sewaktu majlis meraikan delegasi sukarelawan Al Azhar Care yang akan berlepas ke Afrika pada 26 Jun 2023.
Al Azhar Care, sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan aktiviti kebajikan, kemanusiaan, dan pendidikan di dalam dan luar negara, telah menjalankan usaha kebajikan sejak ditubuhkan pada 2019.
Topic Berkaitan
#Khai Bahar
#aktiviti kemanusiaan
#al azhar care
#kebajikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan