awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ayuh bantu cipta logo dan mascot rasmi Sukan SEA 2027!
Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam tragedi bot karam di Indonesia
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Kardashian fail perceraian terhadap Kanye West - Laporan

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
20/02/2021
00:46 MYT
Kim Kardashian fail perceraian terhadap Kanye West - Laporan
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga tujuh tahun lalu dan mempunyai empat orang anak. - Gambar fail
KIM Kardashian menfailkan perceraian terhadap suaminya, penyanyi rap, Kanye West.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga tujuh tahun lalu dan mempunyai empat orang anak.
Menurut laporan media Amerika Syarikat, bintang realiti berusia 40 tahun itu menuntut hak penjagaan anak-anak.
Pasangan itu antara bintang yang paling dikenali di dunia hiburan.
Kim pernah menggondol anugerah bintang E! melalui siri televisyen mengenai keluarganya yang kini memasuki siri ke-21 dengan episod terakhir dijadual ditayangkan tahun hadapan.
Dia juga menempa banyak kejayaan dalam bidang perniagaan, membangunkan aplikasi mudah alih hingga solekan.
Forbes menganggarkan kekayaan peribadi Kim sekitar ASD780 juta.
Kanye West menjadi salah satu nama besar dalam muzik rap selama lebih 15 tahun dan mendapat kejayaan sebagai pereka fesyen.
Topic Berkaitan
#Kim Kardashian
#Kanye West
#hiburan
#cerai
#hak penjagaan
#bintang realiti
#Forbes
#kaya
#pereka fesyen
#penyanyi rap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan