KUALA LUMPUR: Tiket konsert kumpulan rock British Coldplay pada 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil habis dijual dalam tempoh tiga jam.
Tiket yang berharga antara RM228 hingga RM3,088 itu mula dijual pada pukul 10 pagi semalam, dengan pre-queue bermula pada pukul 9 pagi.
Walau bagaimanapun, beberapa scalper yang tidak bertanggungjawab dipercayai mengambil kesempatan dengan membeli tiket dalam jumlah yang banyak dan menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi untuk keuntungan peribadi.
Semakan di beberapa platform jualan mendapati tiket paling murah yang pada asalnya berharga RM228 bagi kategori 7, dijual pada harga RM1,749, iaitu hampir lapan kali ganda harga sebenar.
Di Carousell, tiket kategori 4 dan 5, yang asalnya berharga RM598 dan RM498, masing-masing dijual pada harga RM2,499 dan RM3,000.
Netizen menggunakan media sosial untuk meluahkan kekecewaan mereka, dengan majoriti menggesa peminat agar tidak membeli daripada scalper kerana itu sahaja cara untuk memberi pengajaran kepada golongan tidak bertanggungjawab ini.
Orang ramai juga menggesa pengurusan sistem jualan tiket yang lebih baik di masa hadapan, seperti mengehadkan pembelian tiket dengan mewajibkan pembeli memasukkan nombor MyKad atau pasport semasa membeli tiket.
Astro Awani
Thu May 18 2023
Majoriti menggesa peminat agar tidak membeli daripada scalper kerana itu sahaja cara untuk memberi pengajaran. - Gambar fail
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Bersaing dengan 'scalper', Sharnaaz Ahmad luah rasa tidak puas hati
Pelakon itu tidak puas hati apabila scalper terus menjual nombor dengan harga yang jauh lebih tinggi tidak lama selepas memenanginya.
Konsert Coldplay: 'Scalper' berleluasa, netizen gesa jual tiket berdasarkan pengenalan diri
Majoriti menggesa peminat agar tidak membeli daripada scalper kerana itu sahaja cara untuk memberi pengajaran.