awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-50 Boney M di Kuching - Abdul Karim

Bernama
Bernama
16/12/2024
13:35 MYT
Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-50 Boney M di Kuching - Abdul Karim
Abdul Karim yang mengumumkan mengenai acara itu menyifatkan ia sebagai satu pencapaian penting bagi industri hiburan dan pelancongan Sarawak. - Gambar fail
KUCHING: Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an Boney M akan mengadakan konsert sempena Jelajah Ulang Tahun ke-50 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 4 Januari tahun depan.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mengumumkan mengenai acara itu menyifatkan ia sebagai satu pencapaian penting bagi industri hiburan dan pelancongan Sarawak.
"Saya gembira untuk mengumumkan bahawa Boney M telah memilih Kuching sebagai persinggahan pertama Jelajah Ulang Tahun ke-50 mereka," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.
Ditubuhkan 50 tahun lepas, Boney M dikenali di seluruh dunia dengan lagu-lagu mereka yang menggabungkan irama pop, disko dan reggae seperti Rasputin, Daddy Cool, Ma Baker dan Rivers of Babylon.
"Ini adalah peluang sekali dalam seumur hidup untuk melihat kumpulan ikonik ini secara langsung di atas pentas," kata Abdul Karim sambil melahirkan keyakinan bahawa acara sedemikian akan menambah tarikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan, yang menyasarkan untuk memulihkan sektor pelancongan di negeri itu menjelang tahun depan dengan sasaran lima juta pengunjung.
Sementara itu, Pengerusi Penganjur Zaid Zaini berkata acara berkenaan juga akan menampilkan At Adau dari Sarawak sebagai persembahan pembukaan. Dikenali dengan gabungan unik sape tradisional dan instrumen moden, Adau akan memainkan set yang diilhamkan oleh disko untuk melengkapkan suasana retro Boney M.
Tiket konsert itu kini boleh didapati di www.frontrow.asia dan platform tiket Swiftic di https://swiftic.my/event/23/boney-m-50th-anniversary-concert.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boney M
#konsert jelajah
#Kuching
#Pusat Konvensyen Borneo Kuching
#Abdul Karim Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan