Sebagai menghormati pemergian Sandra Dianne ke rahmahtullah, stesen penyiar Astro membuat keputusan untuk menangguhkan konsert mingguan kelima Big Stage 2020 pada Ahad ini.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, stesen berkenaan bagaimanapun, akan mengadakan konsert khas mengenang Allahyarham, #SandraDalamKenangan bagi mengenang penglibatan bintang itu dalam dunia seni.
“Pemergian arwah Sandra merupakan sebuah kehilangan yang besar buat kami. Oleh itu, sebagai tanda penghormatan terakhir, pihak Astro mengambil keputusan untuk tidak meneruskan konsert Big Stage 2020 pusingan kelima pada Ahad ini seperti kebiasaan.
“Sebaliknya, (Astro) bakal mengadakan sebuah konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan bagi mengenang arwah dan penglibatan beliau dalam industri seni tanah air terutamanya sepanjang pertandingan Big Stage 2020 berlangsung,” kata beliau dalam kenyataan pada Jumaat.
Astro, kata Emarina, merancang untuk mengadakan kenduri tahlil untuk Allahyarham dalam masa terdekat.
Stesen penyiaran berkenaan juga, jelasnya, akan turut membantu daripada aspek pengurusan termasuklah membiayai kos penghantaran pulang jenazah Allahyarham Sandra ke kampung halamannya di Tuaran, Sabah selain menghulurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban keluarganya.
Pada 5 September lalu, Sandra, atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Insiden tersebut berlaku ketika penyanyi kelahiran Sabah itu dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.
Ekoran kemalangan itu, Sandra tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
Allahyarham Sandra menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Jumaat dan jenazahnya akan dikebumikan di kampungnya iaitu di Kg. Kauluan, Tuaran, Sabah.
BACA: Biarpun baru mengenali Sandra, pertemuan itu sangat indah - Cikgu Shafi
BACA: "Kami pernah menangis sama-sama" - Farisha kongsi pengalaman bersahabat dengan Sandra Dianne
Asyraf Roslan
Fri Sep 11 2020
Astro akan membantu keluarga Allahyarham Sandra membiayai kos penghantaran pulang jenazah ke kampung halamannya di Tuaran, Sabah.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Jelaskan, naskhah akhir Sandra Dianne
Walaupun sudah 'pergi' pada bulan lalu, namun Allahyarham Sandra Dianne sempat meninggalkan karya suaranya untuk dendangan ramai.
Konsert minggu kelima Big Stage ditangguh, Astro hormati pemergian Sandra
Astro, bagaimanapun, akan mengadakan konsert khas mengenang Allahyarham, #SandraDalamKengan bagi mengenang Allahyarham Sandra.