awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Faizal Azumu pula umum letak jawatan Pengerusi PN Perak
Bekas pengurus besar Air Kelantan bebas tuduhan rasuah
[TERKINI] Penganalisis ekonomi tersohor, Madeline Berma meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biarpun baru mengenali Sandra, pertemuan itu sangat indah - Cikgu Shafi

Isabelle Leong
Isabelle Leong
11/09/2020
02:02 MYT
Biarpun baru mengenali Sandra, pertemuan itu sangat indah - Cikgu Shafi
Biarpun menerusi panggilan video, Cikgu Shafi (kanan) meluahkan rasa bersyukur kerana sempat berjumpa dengan Sandra sebelum pemergiannya. - Instagram@sandradianneofficial / Instagram@cikgushafi
“BIARPUN mengenali Allahyarham untuk empat minggu, Cikgu berasa bersyukur dan pertemuan ini adalah pertemuan yang paling indah.”
Itulah luahan guru vokal Big Stage 2020 Syafizawati Sharif, ketika berkongsi rasa sedih terhadap pemergian penyanyi dan peserta Big Stage, Sandra Dianne.
Biarpun menerusi panggilan video, Syafizawati atau lebih mesra disapa Cikgu Shafi meluahkan rasa bersyukur kerana sempat ‘berjumpa’ dengan Sandra sebelum pemergiannya.
“Cikgu mengajar (latihan vokal) Sandra menerusi panggilan video pada Jumaat lalu.
“Pada ketika itu, tenaga dia bagus dan dia nampak gembira.
“Itu kali terakhir Cikgu bercakap dengannya,” ujarnya apabila dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Tidak pernah terlintas di fikirannya itu merupakan pertemuan terakhir bersama anak murid kesayangannya itu.
View this post on Instagram
Innalillawainailahirojiun.. Pelajar kesayangan @sandradianneofficial di Big stage. Mohon sedekahkan Alfatihah untuknya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yang soleh.
A post shared by Celebrity Vocal Coach (@cikgushafi) on
Sep 10, 2020 at 5:16pm PDT
Allahyarham disifatkan Cikgu Shafi, merupakan individu yang mempunyai sikap yang tenang dan positif, sememangya personality yang harus ada pada seorang penyanyi.
“Sandra seorang yang lembut, tenang dan sangat ‘cool’.
“Allahyarham tidak suka bercakap pasal orang lain dan tidak bising.
“Sememangnya baik dan senang untuk kami hampiri,” luahnya.
Cikgu Shafi yang masih terkejut dan sedih berkata pemergian penyanyi lagu ‘Hey ! Kau’ itu amat dirasai oleh semua peserta Big Stage kerana mereka seakan-akan sebuah keluarga.
“Dalam Big Stage ini, kami seakan-akan satu keluarga dan Allahyarham merupakan penguat kepada kawan-kawannya.
“Apabila peserta-peserta lain mendapat tahu tentang kemalangan Sandra, emosi mereka agak terganggu.
“Pemergiannya memberikan impak kepada peserta-peserta yang kerana mereka sayang akan Sandra,” dedahnya.
Pada Sabtu lalu, Sandra, atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Insiden tersebut berlaku tatkala penyanyi kelahiran Sabah tersebut sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.
Penyanyi itu kemudiannya tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
Menurut jurucakap Sony Music Entertainment Malaysia, Veea Norman, penyanyi tersebut menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat, jam 1 pagi di Hospital Putrajaya.
Jenazahnya akan dibawa pulang ke Sabah dan akan dikebumikan di Kampung Kauluan, Tuaran Sabah.
Topic Berkaitan
#Big Stage 2020
#Cikgu Shafi
#guru vokal
#hospital putrajaya
#ICU
#kemalangan jalan raya
#penyanyi
#peserta Big Stage
#Sabah
#Sandra Dianne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan