HIBURAN
'K-Pop Demon Hunters' jadi filem pertama Netflix capai 300 juta tontonan

Filem animasi muzikal K-Pop Demon Hunters menjadi filem pertama Netflix capai 300 juta tontonan, dengan 314.2 juta tontonan sejak tayangan pada 20 Jun. -Foto KPOP Demon Hunter
LOS ANGELES: Filem animasi muzikal Netflix, "KPop Demon Hunters," muncul sebagai filem pertama di platform itu yang mencapai 300 juta tontonan, menurut syarikat penstriman berkenaan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Filem animasi muzikal K-Pop Demon Hunters menjadi filem pertama Netflix capai 300 juta tontonan, dengan 314.2 juta tontonan sejak tayangan pada 20 Jun.
- Filem ini mengisahkan kumpulan gadis K-pop Huntr/x yang menjalani kehidupan berganda sebagai pemburu syaitan, dan diterbitkan oleh Sony Pictures Animation.
- Kejayaan filem turut melonjakkan runut bunyinya ke carta muzik global, dengan lirik dalam bahasa Korea menarik perhatian peminat antarabangsa.
Syarikat itu hanya mengira jumlah tontonan untuk tempoh 91 hari selepas tayangan, bermakna pengiraan rasmi untuk "KPop Demon Hunters" berakhir pada 19 Sept.
Diterbitkan oleh Sony Pictures Animation, filem fantasi itu mengisahkan kumpulan gadis K-pop Huntr/x, tiga wanita muda yang menjalani dua kehidupan sebagai pemburu syaitan.
Kejayaan luar biasa filem itu turut melonjakkan runut bunyinya yang sarat dengan elemen K-pop ke carta muzik global, termasuk lirik dalam bahasa Korea.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami