awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisdayanti janji persembahan luar biasa pada malam Konsert Romansa Krisdayanti

Gempak
Gempak
29/10/2016
01:36 MYT
Krisdayanti janji persembahan luar biasa pada malam Konsert Romansa Krisdayanti
Krisdayanti akan turut mengundang beberapa bintang ternama Malaysia untuk turut sama memeriahkan tiga malam persembahan eksklusif itu nanti. - Foto Astro Gempak
PENYANYI terkenal Indonesia, Krisdayanti menjanjikan persembahan luar biasa dan istimewa kepada para peminatnya pada malam Konsert Romansa Krisdayanti Februari tahun hadapan. Konsert berskala besar berdurasi tiga jam yang dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24 hingga 26 Februari 2017 itu dikatakan bakal mencatat sejarah peribadi Krisdayanti sendiri kerana, lebih 25 lagu popular akan dinyanyikan. Lebih menarik lagi, konsert solo pertama penyanyi berusia 41 tahun ini juga bakal diiringi sepenuhnya oleh penggiat muzik Malaysia termasuk Aubrey Suwito yang bakal bertindak sebagai pengarah muzik.
Krisdayanti dalam kenyataannya kepada media ketika ditemui pada majlis sidang media konsert itu di Jakarta, Indonesia hujung September lalu, berkata persembahan istimewa ini adalah hadiah buat peminat yang merindui persembahannya.
“Bukan sekadar lokasinya di Istana Budaya yang begitu berprestij dan menjadi impian saya selama ini, malah konsert Krisdayanti Romansa 2017 ini nanti adalah satu sejarah dalam kerjaya nyanyian saya sendiri kerana buat julung kalinya saya bakal mengadakan persembahan sepanjang tiga malam berturut-turut. Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan teramat istimewa khususnya buat peminat muzik saya.
“Saya juga menjanjikan sebuah persembahan yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dengan menampilkan kesemua karyawan muzik dari Malaysia sepenuhnya yang bakal bekerjasama dalam konsert ini. Ia begitu tersendiri, magis dan indah buat peminat saya di Malaysia nanti,” katanya.
Krisdayanti bakal menyampaikan lebih 25 buah himpunan lagu popularnya termasuk Menghitung Hari, Hati Ini Telah Dilukai, Mencintaimu, Aku Wanita Biasa, Cinta, Pilihlah Aku dan banyak lagi.
Malah, Krisdayanti menerusi konsert yang dibawakan oleh Neo Global Sdn Bhd dan Belbis Sdn Bhd ini akan turut mengundang beberapa bintang ternama Malaysia untuk turut sama memeriahkan tiga malam persembahan eksklusif itu nanti.
Justeru kepada peminat yang tidak mahu ketinggalan untuk turut sama menjadi sebahagian daripada sejarah bagi acara tiga malam berturut-turut bersama Krisdayanti di Istana Budaya nanti, bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang sudah mula dijual di www.myticket.asia. Peminat Krisdayanti juga boleh mendapatkan tikat di laman Facebook rasmi penganjur di NeoBel Indulgence Series.
Tiket untuk ke konsert Romansa Krisdayanti ini berharga RM118, RM258, RM358, RM458 dan RM588. Nikmati diskaun 10% untuk pembelian awal sebelum 15 November 2016. Dapatkan hari ini sebelum kehabisan!
Topic Berkaitan
#Aubrey Suwito
#Istana Budaya
#Konsert Romansa Krisdayanti
#Krisdayanti
#penyanyi Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan