Kumpulan pemuzik, Caliph Buskers akan mengadakan sesi khas bertemu peminat di stesen transit aliran ringan (LRT) Dang Wangi Sabtu, 11 April bermula pukul 2 petang.
Kumpulan yang dianggotai Golongan Kelainan Upaya (OKU) itu menjanjikan satu persembahan hebat termasuk mendendangkan lagu dari album sulung mereka termasuk lagu hits, Hanya Nama Mu.
Program yang dianjurkan oleh Prasana Malaysia Berhad (Prasarana) akan turut menampilkan kumpulan Forteen dan #Tag.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Prasarana, Lim Jin Aun berkata, program itu diadakan sebagai satu pra acara mempromosikan program 'Busking in Transit' disamping menceriakan perjalanan para pelanggan.
"Program terbabit kini dalam fasa akhir perancangan dan akan dilancarkan pertengahan tahun ini dengan Caliph Buskers sebagai antara artis utama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, Prasarana sedang mengenal pasti stesen LRT dan monorel serta hab bas tertentu bagi kumpulan busker membuat persembahan sebagai langkah meningkatkan keceriaan di stesen terbabit.
"Prasarana sedang mengatur pelbagai program dan aktiviti selaras dengan aspirasi untuk membina gaya hidup baharu dalam kalangan rakyat di negara ini berkisarkan kehidupan di sekitar stesen," katanya.
Lim berkata, konsep yang dibangunkan adalah melalui penekanan baharu untuk projek Pembangunan Berorientasikan Pengangkutan (TOD) dengan membuka lebih banyak ruang komersil dan penempatan berhampiran stesen.
Mereka yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi Prasarana melalui e-mel [email protected].
Bernama
Fri Apr 10 2015
Selain Caliph Buskers,program yang dianjurkan oleh Prasana Malaysia Berhad (Prasarana) akan turut menampilkan kumpulan Forteen dan #Tag.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Belum terima bayaran penuh, Caliph Buskers kongsi momen hanya ada RM10 untuk makan
Azmi berkata, selepas isu itu kecoh, mereka sudah menerima RM2,000 dan masih ada lagi berbaki RM8,000 yang tertunggak.
'Setiap hari dia menangis rindukan Afnan' - Duka kehilangan, Azmi Saat mohon doakan isteri
Kini sudah sebulan berlalu dan pemergian Arwah Afnan sentiasa dikenang, apatah lagi perasaan seorang wanita dan isteri.
Caliph Buskers hilang taring? Ini komen Azmi
Azmi mengakui menjadi lumrah turun naik populariti seseorang artis dalam industri hiburan.
Lagu Haram versi Caliph Buskers lebih padu!
Bakat seni yang dimiliki anggota kumpulan Caliph Buskers sememangnya menggagumkan apatah lagi peminat juga menggemari versi lagu Haram nyanyian asal Hael Husaini bersama Dayang Nurfaizah disampaikan k
Caliph Buskers minta pengendali pengangkutan awam prihatin keselamatan OKU
Ia dinyatakan mereka susulan insiden kemalangan kecil yang membabitkan anggota kumpulan itu, Zaki Ismail.
Akim and The Majistret Juara, Persembahan Terbaik AJL 30
Lagu Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar nyanyian Akim and The Majistret dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30.
Kumpulan Caliph Buskers hiburkan pengunjung di LRT Dang Wangi
Caliph Buskers akan mengadakan sesi khas bertemu peminat di stesen transit aliran ringan (LRT) Dang Wangi Sabtu, 11 April bermula pukul 2 petang.
Kita tidak pernah sokong sebarang perhimpunan haram - Presiden MYBC
Buskers yang membuat persembahan di sekitar pusat beli-belah Sogo di ibukota menolak sebarang penganjuran perhimpunan haram yang bakal mengakibatkan huru-hara dan kekacauan kepada masyarakat.
Adam Adli dicadang main kompang dengan Caliph Buskers - Komen FB
Aktivis, Adam Adli dicadang untuk 'menyertai' kumpulan pemuzik jalanan, Caliph Buskers dengan bermain kompang dan menghiburkan orang ramai di sekitar pusat beli-belah Sogo.
Adam Adli, jangan kacau periuk nasi kami - Caliph Buskers
Aktivis, Adam Adli dan penyokong perhimpunan 'Kita Lawan' diberi amaran supaya tidak menggangu lokasi buskers membuat persembahan di sekitar pusat beli-belah, Sogo dengan perhimpunan haram.