KUALA LUMPUR: Selepas 14 tahun, kumpulan Gigi yang bakal kembali ke Kuala Lumpur menjanjikan sebuah persembahan yang ‘Nakal’ namun dalam bentuk positif.
Empat anggota Gigi yang terdiri daripada Armand selaku vokalis, Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram) ketika ditemubual oleh media tempatan mengakui tidak sabar untuk menghiburkan peminat di Malaysia pada 5 November ini.
“Selepas dua tahun dunia berperang dengan pandemik, kami dapat rasa energi yang dibawa penonton ke lokasi bakal membuatkan semangat kami membuak sekali gus memberikan persembahan terbaik.
"Apa yang kami boleh simpulkan sebuah persembahan yang ada elemen ‘nakal’ tetapi bukan nakal yang salah tetapi nakal yang positif.
“Energinya juga pasti lebih besar. Contohnya kalau di Indonesia, misalnya kami tidak beraksi di suatu tempat untuk tempoh yang lama, respon kami terima sepanjang konsert berlangsung memang luar biasa.
“Kami percaya bukan sahaja peminat dari Malaysia sudah tidak sabar menanti rangkaian lagu yang akan dipersembahkan malah rakyat Indonesia yang berada di sana pasti rasa hal yang sama,” kata Armand mewakili anggota Gigi yang lain.
Kongsi Armand, Gigi akan membuat persembahan dengan menampilkan lebih 20 buah lagu termasuk lagu yang belum pernah dimainkan di Malaysia.
“Lagu-lagu yang sudah pernah dipersembahkan di Indonesia tetapi mungkin pendengar di Malaysia belum pernah dengar.
“Ini peluang anda untuk mendengar secara langsung lagu-lagu Gigi yang belum pernah dimainkan di sana. Paling penting, kami menjanjikan muzik dengan susunan muzik lebih indah dan berbeza dari rakaman dalam album,” katanya.
Tiket konsert Gigi: Nakal Di Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 5 November ini di Zepp Kuala Lumpur dijual dengan harga antara RM180 hingga RM450 dan pembelian boleh dilakukan menerusi laman sesawang www.myticket.asia.
Konsert anjuran Tanjak Adventure & Tour berdurasi dua jam itu akan menghimpunkan lagu-lagu popular Gigi seperti 11 Januari, Nakal, Terbang, Pintu Sorga, Janji, Jomblo dan banyak lagi.
Faida Rahim
Mon Oct 17 2022
Kumpulan tersohor dari Indonesia, Gigi bakal mengadakan konsert pada 5 November ini di Zepp Kuala Lumpur.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Kumpulan Gigi janji aksi lebih 'nakal' di pentas
Selepas 14 tahun, kumpulan Gigi bakal kembali menemui peminat mereka di Kuala Lumpur.