BAKAT seni yang dimiliki anggota kumpulan Caliph Buskers sememangnya menggagumkan apatah lagi peminat juga menggemari versi lagu Haram nyanyian asal Hael Husaini bersama Dayang Nurfaizah disampaikan kumpulan itu.

Dalam satu video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram, @caliphbuskersofficial menunjukkan persembahan kumpulan itu ketika menyanyi lagu tersebut begitu menghiburkan.

Kata kumpulan itu, mereka sudah lama berhasrat mahu menyanyikan lagu tersebut sehingga ia menjadi kenyataan.

Dah lama dah nak cover lagu ni. Dan akhirnya dapat juga.. . . HARAM - @haelhusaini ft. @dayangsayangkamu cover by Caliph Buskers. . . Jemput dengarkan dia channel Youtube Caliph Buskers, dan jangan lupa Subcribe ya. InsyaAllah nanti ada video lain yang menyusul. . . Maaf mana yang terkurang.


Apa yang lebih menarik perhatian peminat dan netizen di media sosial adalah ketika mendengar vokal wanita anggota kumpulan itu, Nur Nadira.

"Sedap suara yg perempuan tu...selalu dengar suara azmi je. Siapa nama yg prempuan tu ya?," kata @rhah76.

Ramai netizen juga memuji persembahan kumpulan itu.

"Takde kurang..semua lebih! Terbaiklah..tak sangka that she can sing too! Padu lah," kata @effa727.


Komen sama juga dilontarkan netizen iaitu @sitishahida122 yang menggemari persembahan Caliph Buskers dengan versi lagu itu.

"Woww benar benar paduu," katanya. - Teks oleh: Elrafaei Sapi