awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RKB KPDN: Kuasa aduan di hujung jari, kelulusan lesen lebih pantas
Replika kotak hadiah gergasi warnai sambutan Krismas di Gua Musang
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagu 'Pink Venom' BLACKPINK dahului carta di 69 negara

Bernama
Bernama
20/08/2022
04:06 MYT
Lagu 'Pink Venom' BLACKPINK dahului carta di 69 negara
Pink Venom akan dimuatkan dalam "Born Pink", album studio kedua kumpulan itu yang dijangka dikeluarkan pada 16 Sept. - BLACKPINK
SEOUL: Single terbaharu kumpulan K-pop BLACKPINK "Pink Venom" mendahului carta iTunes di 69 negara di seluruh dunia, menurut YG Entertainment pada Sabtu.
Setakat Sabtu lagu itu menduduki tempat pertama dalam carta Lagu Teratas iTunes di Amerika utara, Amerika selatan, Eropah, Asia dan Oceania, lapor agensi berita Yonhap.
Lagu itu juga menjadi pilihan utama di perkhidmatan penstriman muzik domestik seperti Melon, Bugs, Vibe dan Genie.
Video muzik lagu itu mencecah 70 juta tontonan hanya dalam masa 15 jam selepas dimuat naik di YouTube.
Single itu akan dimuatkan dalam "Born Pink", album studio kedua kumpulan itu yang dijangka dikeluarkan pada 16 Sept.
Album itu sudah menerima tempahan awal lebih 1.5 juta hanya dalam tempoh kurang seminggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BLACKPINK
#Pink Venom
#K-pop
#Born Pink
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan