awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Lain macamlah dia ini" - Noraniza Idris ingin kolaborasi dengan Altimet

Gempak
Gempak
21/03/2019
02:00 MYT
"Lain macamlah dia ini" - Noraniza Idris ingin kolaborasi dengan Altimet
Noraniza Idris sangat mengagumi bakat Altimet dalam menghasilkan karya-karya yanbg sarat dengan elemen kemelayuan.
RATU etnik dan irama tradisional, Noraniza Idris menyimpan hajat untuk berkolaborasi dengan penyanyi rap popular tanah air, Altimet.
Menurut Noraniza, penyanyi lagu Bunga itu memiliki keistimewaan tersendiri dan dia secara peribadi kagum dengan bakatnya dalam menghasilkan lagu yang menyuntik elemen kemelayuan.
"Walaupun berbeza genre tetapi saya lihat Altimet punyai keunikan yang luar biasa. Sayang bakatnya kalau dipersiakan.
"Karya-karya ciptaannya lain daripada lain dan Altimet tidak semata-mata memperjuangkan muzik.
"Tetapi juga perbendaharaan kata, laras bahasa yang luas, ritma dan paling utama elemen Melayu yang masih kuat dalam karya-karyanya biarpun itu lagu moden," katanya kepada Gempak.
Penyanyi Awallah Dondang itu juga menyimpan hasrat untuk merakamkan lagu ciptaan Altimet suatu hari nanti.
Sementara itu, pada ketika ini, Noraniza memberitahu, dia sedang giat melakukan persiapan sempena showcase sulungnya, Sawo Matang Showcase yang akan berlangsung di Matic pada April ini.
Showcase itu merupakan sebahagian daripada siri jelajah #SaveIramaMalaysia yang akan berakhir dengan konsert Malai Solo di Istana Budaya pada April 2020.
Topic Berkaitan
#Altimet
#Awallah Dondang
#etnik
#Malai Solo
#Noraniza Idris
#SaveIramaMalaysia
#Sawo Matang Showcase
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan