awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lancar lagu untuk Tun Mahathir, Aizat Amdan nafi oportunis

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/07/2018
06:22 MYT
Lancar lagu untuk Tun Mahathir, Aizat Amdan nafi oportunis
"Harapan Jadi Nyata" inspirasi daripada kekaguman bapanya Datuk Amdan Mat Din terhadap perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. -Foto Astro Gempak
PENYANYI Aizat Amdan tidak terkejut apabila ada pihak menganggapnya sebagai seorang oportunis apabila melancarkan single untuk perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Single berjudul "Harapan Jadi Nyata" itu ditulis sepenuhnya oleh Aizat pada tahun 2011, sebagai tanda penghargaan terhadap Bapa Pemodenan Negara itu.
"Semua yang terjadi secara kebetulan. Lagu ini sudah ditulis lapan tahun lalu dan saya memilih untuk melancarkannya sekarang kerana ia sesuai dengan situasi apabila Tun Mahathir kembali dilantik sebagai perdana menteri.
"Saya bukan jenis yang suka merancang, saya buat sesuatu mengikut gerak hati dan secara kebetulan.
"Gerak hati saya lapan tahun lalu itu kena dengan keadaan yang dilalui negara kini," kata Aizat ketika ditemui dalam majlis ramah mesra bersama media di Petaling Jaya, pada Isnin.
Mengambil inspirasi daripada kekaguman bapanya, Datuk Amdan Mat Din terhadap Perdana Menteri, penghasilan single itu juga istimewa apabila dirakam di Emil Berliner Studio, Berlin yang merupakan sebuah studio bersejarah dan pernah digunakan oleh ramai penghibur antarabangsa.
"Saya hanya ada masa lima jam untuk guna studio itu kerana setakat itu sahaja saya mampu sewa. Dalam tempoh singkat itu, saya perlu rakam vokal dan semua alat muzik, kecuali strings.
"Alhamdulillah sesi rakaman berjalan lancar dan ia satu pengalaman berharga buat saya," cerita Aizat sambil menambah penggambaran video muzik lagu itu juga dijalankan di Berlin.
Bercerita tentang visinya untuk lagu itu, kata Aizat, biarpun sedar pasaran lagu bercorak patriotik agak terhad, namun dia tetap berharap ia diterima baik peminat.
"Jika lagu ini diperdengarkan kepada Tun Mahathir dan dapat reaksi daripada beliau, itu satu bonus dan kebanggaan untuk saya," ujarnya.
"Harapan Jadi Nyata" sudah mula boleh dimuat turun di semua platform digital sejak minggu lalu.
Topic Berkaitan
#Aizat amdan
#Amdan Mat Din
#Harapan Jadi Nyata
#hari jadi
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Single
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan