Sesungguhnya, semua yang hidup pasti akan mati, sama ada bersedia atau tidak pastinya yang hidup akan dipanggil Ilahi apabila sampai waktunya.

Petang tadi, sekitar jam 3 petang, negara kehilangan sebutir permata persada seni.

Pelakon veteran Latiff Borgiba menghembuskan nafas terakhir selepas menghidap sakit tua. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun di kediamannya di Setapak di ibu negara.

BACA: Pelakon veteran Latiff Borgiba meninggal dunia



Ahli keluarga mengangkat keranda jenazah allayarham sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di sini sekitar jam 10.05 malam tadi.



Ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada jenazah allahyarham.

Dilahirkan di Bangkok, Thailand Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan 16 orang anak.

Allahyarham Latiff Borgiba selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di sini sekitar jam 10.05 malam tadi.

Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an. Pengarah dan pelakon terkenal S.Kadarisman antara individu yang cukup rapat dengan Allahyarham dan bertanggungjawab memberi nama komersial Latiff Borgiba kepada Allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.