awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah

Gempak
Gempak
20/11/2024
08:45 MYT
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Meskipun masih belum lagi dikenali sepenuhnya peminat Indonesia, Aina percaya hari itu akan tiba satu hari nanti. - Gempak
PENYANYI, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Namun menurut pelantun lagu Terus Hidup itu, peluang untuk mencipta nama dan dikenali oleh peminat luar negara adalah bergantung kepada rezeki.
“Saya memang mengharap sangat, untuk seorang artis peluang ke negara jiran adalah rezeki.
“Bagi saya kalau sebut pasal rezeki dia ada cepat atau lambatlah, dalam kes saya walaupun saya sudah berkolaborasi daripada tahun lepas, tuahnya masih belum nampak lagi,” katanya kepada Gempak.
Meskipun masih belum lagi dikenali sepenuhnya peminat Indonesia, Aina percaya hari itu akan tiba satu hari nanti.
Jelas pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani, 31, peluang untuk berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia, Fabio Asher adalah titik permulaan baharu untuk dirinya.
Penyanyi serba boleh itu juga mengharapkan kesempatan ini akan memberi sinar untuknya lebih dikenali dan berpeluang untuk melebarkan sayapnya ke negara jiran.
“Tapi saya percaya kolaborasi bersama Fabio Asher adalah satu titik manis dalam karier saya dan saya sangat berterima kasih kepada mereka yang menjadikan perkara ini satu realiti.
“Saya harap dengan adanya single ini akan buka peluang untuk saya untuk buat show dekat sana, kecil pun tak mengapa asalkan kita mulakannya dan saya tak sabar untuk membuat persembahan bersama Fabio semasa cerita ini ditayangkan,” tambahnya.
Aina dan Fabio berkolaborasi menerusi lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu ciptaan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow.
Lagu itu merupakan runut bunyi bagi filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu yang dibintangi oleh Refal Hady, Nadya Arina, Carissa Perusset dan aktres Malaysia, Mira Filzah.
Selain kolaborasi bersama Fabio, Aina juga pernah tampil dengan sebuah runut bunyi Kasih Merintih untuk filem seram Indonesia, Trinil pada tahun 2023. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Aina Abdul
#lebar sayap ke Indonesia
#impian penyanyi
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan