awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman
Thaipusam: Keputusan hentikan muzik pada 11 malam dibuat atas sebab keselamatan - LWHPP
Hasrat Zii Jia beraksi di All England 2026 tidak kesampaian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 10,000 hadir raikan perpaduan di Hello Inilah KITA anjuran Astro

Amzar Alif
Amzar Alif
25/08/2025
07:57 MYT
Lebih 10,000 hadir raikan perpaduan di Hello Inilah KITA anjuran Astro
(Dari kiri) Reshmonu, Niki Palikat, Noryn Aziz dan Vince menyampaikan persembahan medley istimewa bertemakan “Inilah Kita” yang menggamatkan pentas utama kempen Hello Inilah KITA di Pavilion Kuala Lumpur. - Foto Astro
KUALA LUMPUR: Kempen Hello Inilah KITA: Home of Drama anjuran Astro melabuhkan tirainya pada Ahad dengan sambutan meriah dan menerima pujian ramai di Pavilion Kuala Lumpur, menghimpunkan lebih 10,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjuran.
Menerusi persembahan eksklusif, tayangan video pendek dan penampilan artis pelbagai bangsa berbusana kebaya dan baju kebangsaan, inisiatif ini menyerlahkan warna-warni masyarakat Malaysia yang dirangkum dalam kandungan drama tempatan berbahasa Melayu, Cina dan Tamil di bawah jenama Astro, “Home Of Drama”.
Menurut Ketua Pemasaran Kumpulan Astro, Ben Woo, kempen Inilah KITA: Sehati Bersama tahun ini diinspirasikan daripada kisah-kisah sebenar rakyat Malaysia yang menggambarkan nilai harmoni dan perpaduan merentas kaum serta agama.
“Sama seperti tiga kisah yang kami paparkan dari Tapah, Sarawak hingga Sabah semuanya menonjolkan keunikan kita sebagai rakyat Malaysia. Dari kopitiam berusia 100 tahun di Tapah, hingga komuniti gereja dan masjid di Sarawak yang berkongsi tempat letak kereta,” katanya.
xxx
Ben Woo ketika ditemu bual Astro AWANI sempena kempen Hello Inilah KITA: Home of Drama. - Gambar Astro
Tambahnya, kempen itu bukan penamat, sebaliknya permulaan kepada sambutan Hari Malaysia menerusi pelbagai aktiviti berterusan termasuk kerjasama Kita FM bersama stesen radio tempatan lain yang bakal menjelajah dari selatan ke utara tanah air sehingga ke Pulau Pinang hujung September ini.
“Ia bukan sekadar sambutan kemerdekaan. Yang lebih penting adalah semangat Malaysia. Kami rasa rendah diri dan bangga apabila usaha kecil kami dapat menyatukan rakyat untuk menyanyi, meraikan bakat tempatan dan menyemai semangat kebangsaan,” jelasnya lagi.
Penganjuran tersebut turut mendapat suntikan semangat daripada artis tempatan dan serantau termasuk pelakon dan penyanyi Glenn Yong yang mengakui keterujaannya berada di Malaysia sempena kempen itu.
“Saya sangat berbesar hati kerana dapat bersama di sini. Saya sebenarnya berdarah campuran dan separuh rakyat Malaysia, jadi rasa seperti balik ke rumah sendiri. Sambutannya luar biasa dan peminat saya sangat kreatif,” katanya sambil ketawa.
xxx
Glenn Yong ketika melayan peminat yang hadir untuk bergambar. - Gambar Astro
Sementara itu, penyanyi dan penulis lagu Reshmonu menzahirkan rasa bangga apabila acara seperti ini dapat menyatukan rakyat Malaysia.
“Bagi saya, yang penting adalah rasa seperti di rumah. Tapi hari ini membawa makna lebih besar sebab kita menyambut kemerdekaan ke-68. Persembahan seperti ini memperlihatkan perpaduan rakyat Malaysia,” ujarnya.
Dengan pelbagai persembahan pentas seperti medley Merdeka dan kandungan naskhah bertemakan kekitaan, Hello Inilah KITA: Home of Drama membuktikan bahawa kandungan tempatan bukan sahaja menghibur, malah mampu menyatukan rakyat melalui kisah yang dekat dengan jiwa Malaysia.
xxx
Pengunjung mengenakan busana tradisional sambil mengibarkan Jalur Gemilang penuh semangat patriotik dalam kemuncak acara Hello Inilah KITA anjuran Astro di Pavilion Kuala Lumpur. - Gambar Astro
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Astro
#Inilah KITA Sehati Bersama
#Ben Woo
#Hello Inilah Kita Home of Drama
#Hari Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan