KUALA LUMPUR: Penulis lirik tersohor tanah air Datuk Habsah Hassan berpendapat sesebuah lagu berpotensi menjadi malar segar sekiranya dilengkapi lirik yang baik, termasuk mempunyai jalan cerita, unsur puitis dan kosa kata yang tepat.
Katanya, ciri-ciri itu penting bagi meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar.
"Pada saya, penulisan lirik (lagu) ini seperti menulis cerpen, kena ada tema, cerita, awal, pertengahan, dan akhirnya apa... barulah lirik yang dihasilkan itu dapat bertahan lama dan malar segar.
"Saya tidak kata penulis lirik sekarang salah, kerana kehidupan manusia hari ini segalanya ringkas dan terus-terang. Saya lihat ini sebagai satu trend sekarang, iaitu corak penulisannya begitu (guna bahasa ringkas)," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Beliau yang sudah 50 tahun berkecimpung dalam penulisan lirik, berkata sebagai penulis, karya yang dihasilkan adalah berdasarkan pemikiran sendiri dan pemerhatian terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan harian.
Menurut beliau, lagu yang mempunyai lirik dan komposisi berkualiti boleh menjadi "talian hayat" kepada penulis lirik dan juga penyanyi itu sendiri pada masa akan datang menerusi bayaran royalti yang diterima setiap kali lagu mereka diputarkan kepada umum.
"Jika pergi ke majlis perkahwinan (sekarang), mereka tidak minta lagu-lagu sekarang (semasa), sebaliknya mencari lagu dahulu (malar segar). Orang-orang muda sekarang tidak faham, hasil royalti ini bergantung pada kekerapan lagu itu dimainkan di radio, televisyen dan khalayak ramai.
"Jadi, kalau lagu (kita) tidak dimainkan, setakat setahun dua sahaja (dimainkan), bagaimana mahu dapat royalti? Lihat sahaja lagu-lagu malar segar gubahan Datuk M. Nasir, Datuk Ahmad Nawab, Datuk S. Atan, sampai sekarang (mereka) masih memungut hasil royalti, walaupun tidak banyak (tapi) tetap membuahkan hasil," katanya.
Berkongsi tip, penerima Anugerah Sepanjang Hayat di Anugerah Bintang Popular ke-34 itu, menasihati penulis muda yang ingin serius dalam bidang tersebut agar banyakkan pembacaan, tingkatkan pemerhatian terhadap persekitaran dan terus menimba ilmu.
Ditanya antara bakat muda yang menyerlah dalam penulisan lirik, Habsah menamakan Aina Abdul, Naim Daniel serta Hael Husaini, yang katanya boleh pergi jauh dalam bidang itu sekiranya dibimbing dengan baik.
Sepanjang kerjayanya hingga kini, Habsah menghasilkan lebih 1,000 lirik lagu yang rata-rata menjadi malar segar, antaranya Merisik Khabar (Sudirman), Menaruh Harapan (Zaiton Sameon), Cinta Beralih Arah (Aishah), Ceritera Cinta (Jaclyn Victor dan Rio Febrian), Ku Percaya Ada Cinta (Siti Nurhaliza) dan Pulangkan (Misha Omar).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024
Kata Habsah, ciri-ciri itu penting bagi meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar. - Foto fail/BERNAMA
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lirik lagu perlu tepati ciri agar malar segar - Habsah Hassan
Habsah Hassan berpendapat sesebuah lagu berpotensi menjadi malar segar sekiranya dilengkapi lirik yang baik, termasuk mempunyai jalan cerita, unsur puitis dan kosa kata yang tepat.
Izara Aishah pilih tawaran berlakon, hanya filem dan drama bersesuaian - “Jalan cerita sekarang, saya tak minat”
Pelakon Izara Aishah mendedahkan dia ada menerima beberapa tawaran untuk anak perempuan sulungnya iaitu Irisa Alaia yang kini berusia empat tahun.