BUKAN sebuah berita yang mengejutkan apabila Madonna sekali lagi bercinta dengan lelaki muda.

Hal ini kerana pesohor Hollywood itu pernah menjalin cinta dengan model berusia 23 tahun, Andrew Darnell.

Bagaimanapun, percintaan mereka berakhir sekitar lima bulan lalu.

Tak tunggu lama, Madonna mencari penganti yang tak kurang muda. Lelaki baharu yang dikaitkan dalam hidupnya sekarang adalah Anthony Ciccone.

Ciccone merupakan seorang bekas pemain NFL yang kini menjadi jurulatih boxing salah seorang daripada enam anaknya, lapor Marca.

Lelaki itu berusia 29 tahun manakala Madonna, 64 tahun. Mereka mempunyai jurang usia 35 tahun.

Meskipun penyanyi sensasi itu tidak pernah mengesahkan gosip yang sedang bertebaran, namun perkongsian beberapa keping foto mereka dalam keadaan mesra di laman sosial seperti sudah menjawab persoalan tersebut.

Malah ada sumber dalaman yang memberitahu keduanya kini memang menjalin hubungan asmara.

* Artikel asal disiarkan di Gempak.