awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maestro terkenal Indonesia, Idris Sardi meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2014
03:16 MYT
Maestro terkenal Indonesia, Idris Sardi meninggal dunia
Maestro terkenal Indonesia Idris Sardi, 76 tahun meninggal dunia di Hospital Meilia Cibubur, Jakarta pukul 7.25 pagi (WIB) Isnin selepas menderita penyakit paru-paru.
Lahir pada 7 Jun 1938, Allahyarham telah menghasilkan lebih 1900 karya muzik yang cukup relevan hingga kini.
Allahyarham merupakan pemain biola terkenal yang juga pernah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Indonesia untuk kategori Penata Muzik Terbaik menerusi filem Pengantin Remaja, Perkahwinan dan Cinta Pertama.
Memetik laporan Bernama, rakan Allahyarham menyifatkan pemergian seniman legenda itu sebagai satu kehilangan besar kepada bangsa Indonesia.
Pemuzik dan penyanyi terkenal, Katon Bagaskara berkata Allahyarham bukan sahaja mahir menggesek biola, malah memiliki bakat luar biasa membuat susunan muzik sehinggakan sesiapa yang mendengarnya dapat merasai alunan muzik tersebut.
Katon berkata seniman tersohor itu memiliki kelebihan tersendiri ketika menggesek biola sehingga tidak mampu ditandingi oleh pemuzik lain.
Penyanyi terkenal, Bob Tutopoli berkata Allahyarham yang dikenalinya merupakan seorang anak seni yang sentiasa mementingkan kesempurnaan dalam karyanya.
"Jika ada hal tidak sesuai dengan keinginannya, beliau (Idris) boleh menjadi marah. Idris mahu segalanya sempurna, tambahan pula kalau membawa nama Indonesia, beliau boleh menjadi seorang yang sangat sensitif," kata Bob.
Antara anak Allahyarham yang menceburi bidang seni termasuk pelakon terkenal Lukman Sardi.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Menteng Pulo, Jakarta, petang Isnin.
Pada April tahun 2008, Allahyarham pernah mengadakan konsert solo bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan yang diadakan di Istana Budaya Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#biola
#Idris Sardi
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan