awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah nasihat Diana Danielle, Farid Kamil berdamai

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2023
04:35 MYT
Mahkamah nasihat Diana Danielle, Farid Kamil berdamai
Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid, awal bulan ini.
SHAH ALAM : Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari di sini pada Selasa, menasihati Diana Danielle dan suaminya, Farid Kamil berdamai.
Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan mewakili Farid berkata demikian ketika ditemui media, selepas prosiding sebutan kes perceraian pasangan pelakon itu di hadapan Hakim syarie, Shukran Yusof.
Susulan itu, Fakhrul Azman yang mewakili Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, berkata, mahkamah memerintahkan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dilantik bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan itu.
Menurutnya, hakim menyatakan, "benda yang boleh selesai secara baik, cubalah mengislahkan (usaha untuk memperbaiki keadaan).
“Proses JKP akan diadakan di pejabat agama Islam di Shah Alam, namun tarikhnya proses itu akan ditentukan kemudian.
“Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Mei depan untuk mengetahui laporan jawatankuasa terbabit,” katanya.
Ada pihak ketiga sokong Diana fail cerai - Farid Kamil
BACA: Ada orang ketiga dalam hidup Diana Danielle, dakwa Farid Kamil
BACA: "Itu semua fitnah..." - Diana Danielle nafi berlaku curang
Dalam prosiding ini, Farid yang juga pelakon Lagenda Budak Setan telah melantik kakaknya sebagai wakil JKP manakala pengurus bagi pihak Diana Danielle Danny Beeson, 32.
Seterusnya beliau berkata, proses hakam (kalau JKP tidak mencapai persetujuan) akan dibuat dan hanya mahkamah akan menentukannya.
Hakam adalah satu kaedah yang berlandaskan hukum syarak yang diberi kuasa dalam memutuskan sama ada pertikaian akan diselesaikan dengan cara perdamaian atau perceraian.
Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle berkata, keputusan JKP hanya dapat diputuskan selepas menerima laporan perbincangan berkenaan.
Menurutnya, tidak adil untuk kedua-dua pihak sekiranya kita membuat spekulasi.
“Rintangan pertama ialah JKP, selepas itu hakam mahkamah jadi kita kena tunggu, keputusannya akan diketahui hujung bulan depan,” katanya.
Pada 20 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid, awal bulan ini.
Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut dan mereka difahamkan tidak lagi tinggal serumah.
Pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Farid Kamil
#Diana Danielle
#keputusan mahkamah
#berdamai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan