awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Make up 3 jam untuk 3 saat je" - Elizabeth Tan kongsi pengalaman jadi hantu

Gempak
Gempak
28/02/2019
07:52 MYT
"Make up 3 jam untuk 3 saat je" - Elizabeth Tan kongsi pengalaman jadi hantu
Dalam Misteri Dilaila, Lizzy memegang peranan sebagai Dilaila, isteri kepada Jefri (Zul Ariffin) yang didapati hilang selepas hari pertama bercuti bersama.
BINTANG utama filem Misteri Dilaila, Elizabeth Tan mengakui situasi disolek selama berjam-jam untuk merealisasikan watak hantu antara pengalaman mencabarnya.
Kata Lizzy, dia perlu menahan wajahnya untuk disolek oleh jurusolek kesan khas selama lebih tiga jam dan perlu mengawal pergerakan agar kesan darah tidak berubah.
"Ada satu shot apabila saya menjadi hantu, muka saya lain sikit.
"Untuk mendapatkan kesan menyeramkan yang diinginkan, saya disolek selama tiga hingga empat jam hanya untuk adegan tiga saat itu saja.
"Itu sebenarnya agak seksa juga, tetapi ia satu pengalaman yang tak akan saya lupakan.
"Selain itu, ada juga babak yang memerlukan saya berlumuran darah yang banyak.
"Saya diminta untuk tidak banyak bergerak dalam lapan ke sembilan jam supaya tidak lari konti," katanya kepada Gempak.
Dalam Misteri Dilaila, Lizzy memegang peranan sebagai Dilaila, isteri kepada Jefri (Zul Ariffin) yang didapati hilang selepas hari pertama bercuti bersama.
Bagaimanapun, Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira memaklumkan isteri Jefri ditemui dalam keadaan selamat.
Namun yang muncul bukan Dilaila asal. Siapakah wanita itu dan apakah sebenarnya yang berlaku?
Jangan lepaskan peluang menonton Misteri Dilaila di pawagam berhampiran anda!
Topic Berkaitan
#Elizabeth Tan
#filem
#hantu
#Lizzy
#Misteri Dilaila
#Seram
#wanita
#Zul Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan