awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malam gemilang Dayang Nurfaizah di Singapura

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
30/12/2019
08:17 MYT
Malam gemilang Dayang Nurfaizah di Singapura
Konsert Dayang Dua Dekad Singapura merupakan kesinambungan kepada konsert sama yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Julai tahun ini. - Gambar SHIRAZ PROJECTS
Hebat dan mempunyai aura tersendiri. Itu gambaran paling tepat bagi menyingkap 20 tahun penglibatan Dayang Nurfaizah dalam industri muzik menerusi konsert Dayang Dua Dekad yang berlangsung di The Theatre MediaCorp di sini pada 28 Disember lalu.
Dalam konsert berkenaan, Dayang tampil dengan persembahan lebih bersifat ‘up close & personal’, tanpa menggunakan teknologi kesan khas mahupun gimik selain pentas hanya dihiasi sinaran lampu dan layar elektronik.
Diiringi 13 pemuzik dan penyanyi latar, Dayang membawa peminat menelusuri dan menyingkap nostalgia kerjaya muziknya selama dua dekad.
Sepanjang dua jam setengah persembahan, penonton bukan sahaja terpukau dengan alunan gemersik suara emas penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini, tetapi turut terhibur dengan gurau senda bersahaja Dayang di atas pentas.
Di hadapan 1,500 peminat Dayang Nurfaizah menampilkan persembahan elegan. - Gambar SHIRAZ PROJECTS
Di hadapan 1,500 peminat Dayang Nurfaizah menampilkan persembahan elegan. - Gambar SHIRAZ PROJECTS
Membuka pentas dengan lagu Tak Pernah Menyerah, penyanyi berusia 38 tahun ini mendendangkan 18 buah lagu di hadapan 1,500 peminat.
Keanggunan vokal Dayang terserlah ketika mendendangkan lagu yang membuatkan dia diminati sejak awal kemunculan dalam industri muzik seperti Seandainya Masih Ada Cinta, Erti Hidup, Mana Mungkin dan Sedingin Mana Cintamu.
Menurut Dayang, lagu yang mahu didengar peminat di Kota Singa jauh berbeza dengan peminat di Malaysia.
Justeru, bagi memenuhi kehendak peminat, istimewa malam tersebut di Singapura, Dayang turut menyanyikan Langit Cinta.
Teater MES Mediacorp bergema dengan sorakan peminat apabila Dayang membawa Hael Husaini ke atas pentas untuk berduet mendendangkan lagu Hari Ini dan seterusnya Haram.
Dayang Nurfaizal turut mengundang rakan duetnya, Hael Husaini pada malam konsert Dayang Dua Dekad di Singapura. - Gambar SHIRAZ PROJECTS
Dayang Nurfaizal turut mengundang rakan duetnya, Hael Husaini pada malam konsert Dayang Dua Dekad di Singapura. - Gambar SHIRAZ PROJECTS
Dayang yang tampil elegan dalam tiga persalinan rekaan Datuk Rizalman Ibrahim melengkapkan seleksi lagu persembahannya apabila turut menyanyikan lagu Separuh Mati Ku Bercinta, Pejamkan Mata dan Sebentar sebelum mengakhiri dengan persembahan encore menerusi lagu Lelaki Teragung dan Dayang Sayang Kamu. BACA: Tiket Konsert Dayang Dua Dekad habis terjual
Konsert Dayang Dua Dekad Singapura merupakan kesinambungan kepada konsert sama yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Julai tahun ini dan kemunculan kedua Dayang di Singapura selepas kejayaan konsert sulungnya di Esplanade Theatre pada Januari 2018. BACA: Penangan Dayang Nurfaizah, Esplanade Singapura 'Full House' dibuatnya
Topic Berkaitan
#Dayang Dua Dekad
#Dayang Nurfaizah
#Erti Hidup
#Mana Mungkin
#Seandainya Masih Ada Cinta
#Tak Pernah Menyerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan