awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malam ini, detik bersejarah.....

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
09/05/2018
06:36 MYT
Malam ini, detik bersejarah.....
Tiket konsert ini habis terjual seperti pisang goreng panas beberapa jam selepas pengumuman dibuat pada tahun lalu.
Hari ini rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab memilih bakal pemimpin dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Tetapi malam ini juga merupakan detik bersejarah terutamanya buat peminat penyanyi antarabangsa dari Amerika Syarikat, Bruno Mars.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu hit Versace on the Floor ini bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil malam nanti.
Konsert jelajah di Malaysia ini merupakan sebahagian daripada jelajah 24K Magic World Tour.
Sebelum ini Bruno menjelajah ke beberapa negara lain seperti Jepun, Thailand dan Filipina.
Lebih menarik, tiket konsert ini habis terjual seperti pisang goreng panas beberapa jam selepas pengumuman dibuat pada tahun lalu.
Ini bukan kali pertama konsert melibatkan artis antarabangsa di Kuala Lumpur sewaktu proses pilihan raya berlangsung.
Sebelum ini pada PRU13, penyanyi classical terkenal dari Itali Andrea Bocceli pernah mengadakan konsert sulungnya di Malaysia tanggal 5 Mei 2013.
Jadi kita akan saksikan malam nanti, adakah keputusan penuh PRU14 atau konsert Bruno Mars yang bakal mencipta gelombang di semua platform media sosial.
Bruno Mars 24k Magic World Tour Promo 1
Topic Berkaitan
#24k magic world tour
#andrea bocceli
#Bruno Mars
#grenade
#PRU13
#PRU14
#versace on the floor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan