GELAGAT pasangan selebriti popular Korea, Kim Tae Hee dan Rain menarik perhatian peminat ketika mereka bercuti di Jepun baru-baru ini.

Menurut laporan media Taiwan, Kim Tae Hee dan Rain kelihatan seperti pasangan yang baru bercinta.

Rain dan Tae Hee kelihatan begitu mesra dan manja ketika menikmati minum petang di sebuah kafe di Tokyo.

Menerusi foto yang dirakamkan oleh peminat yang berada di kafe berkenaan, Tae Hee dan Rain nampak begitu bahagia.



Mereka duduk berdampingan dan sesekali Rain merangkul pinggang isterinya itu.

Difahamkan pasangan ini bercuti ke Jepun bagi meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Rain dan Kim berkahwin pada Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun sehingga kini, Rain dan Tae Hee tidak mendedahkan wajah puteri sulung mereka.

Sumber: Allkpop