PELAWAK Rahim Sepahtu akui tidak menyangka dapat menurunkan berat badannya sebanyak 22.5 kilogram (kg) selepas lima minggu menjalani program Misi XL Rahim oleh Sinar FM.
“Asalnya misi ini hanyalah sekadar gurauan, tapi bila mereka kata dah ada jurulatih kesihatan, saya mula dapat rasakan program ini serius.
“Jadi saya ambil keputusan untuk cuba lagipun program ini hanya berlangsung selama lima minggu dan mereka lebih fokus untuk kurangkan saiz, bukannya berat.
“Disebabkan rasa tidak yakin, saya hanya minta untuk kurangkan saiz XXXL kepada XXL namun mereka kata terlalu senang dan tidak mencabar.
“Memang berat hati nak mulakan misi ini sebab saya seorang yang paling malas nak bersenam tapi saya nekadkan hati dan kuatkan semangat.
“Alhamdulillah saya sendiri tak sangka berjaya dapatkan saiz XL, pengorbanan dan usaha saya selama ini tidak sia-sia,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Rahim juga memberitahu tidak akan mensia-siakan ilmu yang diberikan oleh jurulatih kesihatan dan akan terus mengamalkan gaya hidup sihat.
“Bukan senang orang yang dah berumur seperti saya mahu turunkan berat, jadi bila fikir balik takkan saya mahu sia-siakan perkara baik seperti ini.
“Lebih baik teruskan sahaja lagipun ini untuk kebaikan kesihatan saya juga. Ilmu yang diberikan oleh ‘coach’ Amirul dan Aminah akan saya praktikkan dalam kehidupan harian,” ujarnya.
Terdahulu, Rahim yang juga merupakan penyampai radio Sinar FM telah menjalani ‘MisiXLRahim’ sejak 24 Julai lalu dengat berat sebanyak 125kg.
Teks oleh: Mya Amri
Gempak
Mon Aug 28 2017
Pelawak Rahim Sepahtu akui tidak menyangka dapat menurunkan berat badannya sebanyak 22.5 kilogram (kg) selepas lima minggu menjalani program Misi XL Rahim oleh Sinar FM.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Manusia paling malas bersenam pun berjaya turun berat 22kg - Rahim Sepahtu
Pelawak, Rahim Sepahtu akui tidak menyangka dapat menurunkan berat badannya sebanyak 22.5 kilogram (kg) selepas lima minggu menjalani program Misi XL Rahim oleh Sinar FM.