BANGI: Ahli perniagaan, Mawar Karim berjaya mengetepikan penghakiman ingkar kehadiran yang diperoleh usahawan Nabil Mat Jahya terhadapnya berhubung perjanjian pinjaman berjumlah RM720,000 di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini pada Jumaat.
Hakim Effandi Nazila Abdullah memutuskan demikian semasa prosiding secara dalam talian.
Ketika dihubungi media, peguam Datuk Mohd Imran Tamrin yang mewakili Mawar berkata, berikutan keputusan itu, Mawar akan meneruskan tindakan dengan memfailkan pembelaan.
“Tuntutan balas terhadap pihak yang dinamakan dalam kes ini pula dibuat dalam masa 14 hari bermula Jumaat,” katanya.
Prosiding ini turut disertai peguam Nik Zarith Nik Moustpha mewakili Nabil.
Pada 11 Januari lalu, Nabil selaku plaintif diberi kebenaran oleh mahkamah untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Mawar, selepas usahawan itu gagal memasukkan kehadiran dalam saman yang difailkan plaintif.
Berdasarkan penghakiman ingkar itu, defendan (Mawar) perlu membayar balik pinjaman yang telah diberikan plaintif kepada defendan berjumlah RM720,000.
Mawar dalam afidavit sokongan untuk mengetepikan penghakiman ingkar kehadiran berkata, beliau tidak pernah sama sekali menerima salinan termeterai penghakiman ingkar itu daripada plaintif atau peguamnya, pada setiap masa yang material sehingga notis pelantikan peguam bertarikh 14 April lalu difailkan oleh peguamnya.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Nabil menuntut wang berjumlah RM720,000 yang telah diberikan kepada defendan, selaras dengan Perjanjian Pinjaman Persahabatan yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh mereka.
Nabil mendakwa dalam perjanjian itu defendan antaranya perlu membayar semula RM100,000 sebelum atau pada setiap 1 haribulan selama enam bulan berturut-turut bermula 1 Jun 2021, manakala bagi bulan terakhir iaitu bulan ketujuh, Mawar hendaklah membayar RM120,000 sebagai bayaran terakhir terhadap pinjaman wang tersebut.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 29 2022
Pada 11 Januari lalu, Nabil selaku plaintif diberi kebenaran oleh mahkamah untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Mawar (gambar).- Gempak
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Mawar Karim berjaya ketepi penghakiman ingkar
Berikutan keputusan itu, Mawar akan meneruskan tindakan dengan memfailkan pembelaan.
Mawar Karim nafi dakwaan sudah 3 bulan jadi isteri 'Datuk Z'
Tegas Mawar, 33, dakwaan itu sama sekali tidak tepat dan masih dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka yang berbeza usia 10 tahun.
Mawar Karim hadir pendengaran mahkamah esok - Peguam
Pihak Mawar akan membuat dua permohonan berhubung tuntutan saman oleh plaintif, Nabil Mat Jahya.
Isu bankrap: 'Nak bagi saya malu satu Malaysia' - Mawar Karim dedah individu 'S' sengaja reka cerita
Siapa pulak 'S'?
"Dah berapa hari asyik teringat" - Mawar Karim
Mawar Karim sanggup menjelajah ke Kelantan bagi melawat bayi berusia empat bulan, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham.
"Jangan melampaulah!" - Teruk dikecam netizen, ini reaksi Fizo Omar
Netizen ni memandai-mandai!
"Ibu mana yang mahu anaknya bercerai?" - Tangisan duka ibu Fizo Omar
Ibu kepada pelakon Fizo Omar, Hasnah Jidin menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyalahkannya sekali gus menjadi punca perceraian anaknya dan Mawar Karim.
'Comel macam anak patung!' - Netizen cair tengok anak Fizo dan Mawar
Dalam foto yang tular itu, Maryam atau lebih popular dipanggil Cik Yam dipakaikan rambut palsu panjang paras pinggang dan dirakamkan dalam pelbagai aksi mencuit hati.
"Percikan darah dan air ketuban yang aku tengok, macam tak percaya" - Fizo Omar
Pelakon Fizo Omar akui pengalaman melihat sendiri proses isterinya, Mawar Karim melahirkan cahaya mata pertama mereka sesuatu yang sukar dipercayai.