PENYANYI terkenal, Mawi bersama pemain bola sepak profesional, Piya berganding bahu sebagai ikon menubuhkan sebuah akademi bola sepak yang melatih anak-anak yatim menjadi pemain bola sepak.
Usaha murni kedua-dua personaliti popular itu tercetus apabila mereka melihat nasib anak-anak yatim kurang diberi perhatian menerusi aktiviti sukan seperti bola sepak.
Bekas Kapten Kelantan, Piya atau nama sebenarnya, Mohd Badhri Mohd Radzi menyatakan meskipun hasrat mereka ini masih di peringkat awal untuk dilaksanakan tetapi mereka merancang untuk mencungkil lebih ramai bakat anak-anak yatim bermain bola sepak di mana sahaja.
"Tujuan kami adalah mahu meraikan anak yatim dengan mewujudkan platform untuk mereka bersukan iaitu bermain bola sepak," katanya kepada Astro Gempak.
Jelasnya, kehidupan yang dilalui anak yatim lazimnya lebih kepada aktiviti membawa golongan istimewa ini makan dalam sesebuah acara mahupun dijemput untuk mengadakan solat hajat.
"Bagi sesetengah orang cukup hanya membawa anak yatim ini pergi makan. Sebaliknya, kami mahu membuka akademi bola sepak untuk mereka," katanya.
Akuinya, peluang sebegini jarang dinikmati anak-anak yatim.
"Buat masa ini, kami merancang ia dibuat di sekitar Kuala Lumpur sebelum diperluaskan ke tempat lain. Ia bergantung pada kesesuaian rumah anak yatim yang dipilih dan tidak kisah berapa banyak rumah kebajikan yang akan turut serta," katanya.
Piya memberitahu akademi ini bukan hanya mahu mengajak anak-anak yatim bermain bola sepak tapi melatih mereka untuk bermain sehingga ke peringkat antarabangsa.
"Apa yang kita ada (pengalaman), bagi mereka rasa. Saya sendiri akan bantu melatih mereka bermain bola sepak," katanya.
Akuinya, sambutan golongan muda terhadap klinik bola sepak yang pernah disertainya sebelum ini cukup menggalakkan.
"Akademi seperti ini tiada orang lain buat. Saya percaya ramai anak yatim yang hendak main bola sepak cuma tiada peluang.
"Di Kelantan sendiri, ada antara remaja yang putus asa untuk terus bermain bola sepak sebab tiada galakan seperti ini," katanya.
Sementara itu, Wan Syahrul Amry Wan Mansor yang merupakan individu yang mencetuskan idea penubuhan akademi tersebut menyatakan, kedua-dua ikon iaitu Mawi dan Piya mempunyai tarikan yang kuat terhadap projek ini.
"Apabila mereka bergabung, ini memberi ruang dari aspek berkongsi ilmu dan melakukan kerja amal.
"Klinik bola sepak memang biasa orang lain buat tetapi siapa yang peduli terhadap anak yatim yang mempunyai minat bermain bola sepak," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Gempak
Mon Oct 15 2018
Mawi (kiri) dan Piya berganding bahu untuk menubuhkan sebuah akademi bola sepak yang melatih anak-anak yatim menjadi pemain bola sepak.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Tiada keistimewaan buat Wan Kuzri - Fayhsal
Wan Kuzri perlu membuktikan kebolehannya bersaing dengan 34 pemain lain dalam kem latihan pusat di Wisma FAM.
Mawi, Piya bergabung tubuhkan akademi bola sepak anak yatim
Usaha murni Mawi dan Piya tercetus apabila mereka melihat nasib anak-anak yatim kurang diberi perhatian menerusi aktiviti sukan seperti bola sepak.
Jangan fikirlah tentang Piala Dunia, ia mustahil! - Santokh Singh
Peringkat Asia Tenggara pun kita tak mampu kuasai secara konsisten, inikan pula bermimpi tentang bersaing di temasya terhebat bola sepak dunia.