SHAH ALAM: Bermula sebagai wartawan dan kemudiannya menjadi penyampai berita pada usia yang muda, pasti ada yang bertanggapan dia sebagai seorang yang berperawakan serius.
Persepsi itu sedikit sebanyak berubah selepas personaliti TV, Hawa Rizwana dilamar untuk menjadi pengacara baharu rancangan hiburan mingguan MeleTOP bagi mengisi tempat dikosongkan pengacara dan usahawan, Neelofa.
Tawaran yang diterimanya itu dilihat sebagai satu perubahan yang sangat besar dalam kehidupannya lebih-lebih lagi apa sahaja yang dilakukan dalam kehidupannya dipantau ketat oleh kedua ibu bapanya.
Namun pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, tidak menyangka peralihannya dari bilik berita ke dunia hiburan mendapat restu orang tuanya.
BACA: Sambut tahun ke-10, MeleTOP akan tampil lebih banyak kejutan
“Hawa minta pandangan ayah, iyalah apa-apa pun kita nak restu daripada ibu bapa.
“Jadi ada satu malam Hawa balik dan cuba minta padangan dia untuk saya sertai MeleTOP dan dia terus kata ya kepada Hawa, itu adalah satu jawapan yang paling saya tak sangka datang daripadanya,” katanya kepada media selepas Konsert 10QMeleTOP di Auditorium MBSA, di sini pada Selasa.
Pada masa yang sama, Hawa mengakui bahawa perubahan ini agak sukar tapi dia akan mencuba sebaik mungkin demi memenuhi harapan peminat setia program hiburan tersebut.
“Agak sukar sebenarnya, sebab saya takut saya terlebih-lebih semasa live tapi saya akan buat yang terbaik untuk program ini, saya juga belajar dengan Kak Lina, Sherry dan Uyaina bagaimana untuk mengendalikan program ini,” tambahnya.
Sebelum dilamar menjadi hos tetap MeleTOP, Hawa dipanggil menjadi hos jemputan program itu untuk beberapa episod.
Hawa mula bergandingan dengan Nabil Ahmad sebagai hos tetap program MeleTOP pada 1 November 2022.
MeleTop ditayangkan setiap hari Selasa pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria.
Asyraf Roslan
Wed Nov 09 2022
Hawa mula bergandingan dengan Nabil Ahmad sebagai hos tetap program MeleTOP pada 1 November 2022. - Foto Astro AWANI
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Bayi maut disyaki akibat didera, polis tahan empat individu
Polis menahan empat individu di sekitar sini yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dipercayai akibat didera, minggu lalu.
Hawa Rizwana teruja jadi 'kakak bomba', semangat sertai perarakan Hari Kebangsaan
Menurut Hawa, dia dan juga rakan-rakan program Real Men Malaysia: Wira Merah telah pun bersedia sejak jam 6 pagi untuk menyertai perarakan itu.
Muat naik gambar bersama Hawa: 'Nanti kami uar-uarkan' - Zizan
Hantaran pelakon Zizan Razak di Instagram yang memuat naik fotonya bersama pengacara MeleTop, Hawa Rizwana telah membuat rata-rata menyangka mereka menjalinkan hubungan istimewa.
MeleTOP: Sambung legasi Neelofa, Hawa Rizwana tak sangka ayah akan ...
Pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan tidak menyangka peralihannya dari bilik berita ke dunia hiburan mendapat restu orang tuanya.
Sambut tahun ke-10, MeleTOP akan tampil lebih banyak kejutan
MeleTOP meraikan ulang tahun kesepuluh dengan mengadakan konsert 10QMeleTOP bagi meraikan peminat setia yang banyak menyokong program tersebut.
Hanya berkawan dengan Sufian Suhaimi, Hawa Rizwana ingin stabilkan karier penyampai berita
Terus kejar cita-cita ..