awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memikat dengan senyum manis dan tahi lalat, ini bakat seni Aman Shah selain menyanyi, berlakon

Maliah Surip
Maliah Surip
15/09/2022
10:19 MYT
Memikat dengan senyum manis dan tahi lalat, ini bakat seni Aman Shah selain menyanyi, berlakon
Allahyarham Aman Shah yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung sangat sinonim dengan wajah tampan, suara yang merdu serta kehebatan lakonannya. - Gambar GEMPAK
PEMERGIAN sebutir lagi bintang tanah air yang cukup bersinar sekitar era 1980-an, Aman Shah semalam, masih dikenang oleh para peminatnya.
Apa lagi, Allahyarham Aman Shah yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung sangat sinonim dengan wajah tampan, suara yang merdu serta kehebatan lakonannya.
Di sebalik popularnya lagu raya dendangannya iaitu Kepulangan Yang Dinanti atau single pop berjudul Adikku Pandai Menari, Aman tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang seni ini juga sebenarnya cukup berbakat besar.
Selain memikat peminat dengan senyum dan tahi lalat yang manis lewat penampilan dalam beberapa naskhah popular seperti Darah Satria, Aman Shah sebagai pelaku seni tidak pernah lokek bekerja untuk rakan seperjuangan yang lain.
Berikut antara fakta Aman Shah yang mungkin tidak diketahui ramai;
1) Nama sebenar Aman Shah adalah Aman Shah Abu Kasim dan merupakan anak kelahiran Johor Bahru.
2) Pernah menjadi vokalis dan gitaris utama bagi kugiran yang ditubuhkan sewaktu masih berada di sekolah menengah. Kugiran tersebut diberi nama The Rembles. Mereka juga bermain di kenduri kahwin.
3) Allahyarham juga pernah menjadi anggota kumpulan Booty’s Boys.
4) Selain berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan, Aman juga dianugerahi kebijaksanaan sebagai seorang komposer atau pencipta lagu.
5) Lagu popular yang digubah Aman Shah adalah Mata, dendangan penyanyi Noor Kumalasari.
6) Tidak hanya aktif dalam bidang muzik, Aman Shah juga pernah bergelar penerbit. Almarhum pernah menerbitkan drama bangsawan untuk TV3 berjudul Mawas.
7) Menurut laporan Kosmo!, sebelum meninggal dunia, Aman Shah sempat membentuk sebuah band dengan nama Deathism. Band tersebut turut dianggotai oleh Ritz sebagai gitaris dan Lee Space (pemain dram).
8) Dato' Ai La Beau merupakan filem terakhir yang menjadi kenangan Aman Shah sebagai anak seni. Membawa watak seorang penerbit, filem tersebut dihasilkan pada tahun ini.
Menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN, sekitar pukul 2.20 petang 14 September 2022, Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#Aman Shah meninggal dunia
#penyanyi terkenal
#Adikku Pandai Menari
#Kepulangan Yang Dinanti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan