awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengapa Will Smith 'naik angin' dan kenapa jenaka Chris Rock 'melampau'?

Agensi
Agensi
28/03/2022
09:13 MYT
Mengapa Will Smith 'naik angin' dan kenapa jenaka Chris Rock 'melampau'?
Will Smith dan isterinya, Jada Pinkett-Smith menghadiri majlis Anugerah Akademi di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat. -Gambar Instagram/Will Smith
INSIDEN Will Smith menampar pelawak Chris Rock pada Anugerah Akademi ke-94 selepas berjenaka tentang keadaan isterinya, Jada Pinkett-Smith, menjadi perbualan di seluruh dunia ketika ini.
Rock bergurau dengan mengatakan Jada ,yang secara terbuka mengakui berhadapan dengan keadaan kesihatan yang menyebabkan keguguran rambut, mungkin "berhasrat untuk menyertai G.I. Jane 2."
Smith tersinggung dengan gurauan tersebut kerana dalam filem G.I. Jane, watak utamanya, Jordan O'Neil menjalani latihan Navy Seal, bersaing dengan ramai rakan sekerja lelaki dan terpaksa mencukur kepalanya hingga botak.
Tetapi dalam situasi Jada, dia mengalami Alopecia Areata yang memaksanya mencukur rambutnya.
Apa itu Alopecia Areata?
Alopecia, atau alopecia areata, adalah gangguan autoimun yang menyebabkan rambut gugur dalam gumpalan. Terdapat pelbagai jenis alopecia dan ia biasanya berlaku pada wanita berumur 30-50 tahun.
Punca
Ia mungkin berpunca daripada genetik atau sejarah keluarga.
Punca lain yang berpotensi termasuk alahan bermusim, asma, tekanan, penyakit tiroid, vitiligo dan sindrom down.
Rawatan
Tiada penyelesaian yang sesuai untuk keadaan ini tetapi doktor telah mencadangkan beberapa cara untuk pertumbuhan semula rambut.
Terdapat kortikosteroid iaitu ubat anti-radang yang digunakan pada kawasan yang terjejas untuk pertumbuhan semula rambut dan imunoterapi yang menyasarkan menggunakan bahan kimia untuk pertumbuhan semula rambut.
Hiburan | Sekitar Anugerah Akademi; Will Smith tumbuk Chris Rock
Topic Berkaitan
#Will Smith
#Chris Rock
#Anugerah Akademi
#Jada Pinkett-Smith
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan