awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menjadi pelakon perlu ada adab, rendah diri - Kartina Aziz

Bernama
Bernama
01/08/2024
01:00 MYT
Menjadi pelakon perlu ada adab, rendah diri - Kartina Aziz
Kartina turut menasihati pendatang baharu agar menggunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu sebanyak mungkin daripada pelakon senior. - Foto fail
SHAH ALAM: Aktres veteran Kartina Aziz menyifatkan seorang pelakon yang baik harus mempunyai adab yang tinggi dan sentiasa bersikap rendah diri.
Kartina, 69, yang mesra membahasakan dirinya "mama", berkata dengan memiliki ciri-ciri tersebut, keserasian dengan pelakon lain dapat dibina dengan lebih mudah dan seterusnya menghasilkan drama atau filem yang berkualiti.
Malangnya kata beliau, ada segelintir pelakon muda kini dilihat terlalu mendabik dada dan tidak menghormati golongan yang lebih senior dalam bidang tersebut.
"Berlakon ini kerjaya. Setinggi mana kedudukan (atau populariti) seseorang (pelakon) itu, apabila masuk ke set penggambaran tinggalkan takhta (kedudukan). Tidak kiralah muka cantik, suara sedap, lelaki sado, ada gaya... jadi pelakon harus rendah diri.
"Pada zaman dulu, mama sempat bekerja dengan pelakon legenda seperti Normadiah, S. Kadarisman dan Kuswadinata, mereka gurau-gurau juga tetapi mengajar kita menghormati satu sama lain. Tidak kisahlah kamu lead (pelakon utama), second lead (utama kedua), semua sama sahaja," katanya ketika ditemui Bernama di program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0, di sini baru-baru ini.
Pelakon yang terkenal menerusi drama Rumah Kedai serta filem Mami Jarum itu turut menasihati pendatang baharu agar menggunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu sebanyak mungkin daripada pelakon senior.
"Jika mahu berlakon, buat betul-betul, tumpukan hidup kita di set (penggambaran) itu. Curi ilmu pelakon senior sebanyak mungkin. Kalau umur awak 20 tahun, awak ada 40 tahun lagi untuk mencapai usia kami (pelakon veteran), pelbagai lagi (cabaran) nak ditempuh.
"Jika ditegur oleh pelakon senior, terimalah setiap teguran itu dengan hati terbuka dan lihat dari sudut positif," katanya.
Dalam pada itu, Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-16 tersebut berharap penerbit atau individu yang bertanggungjawab dapat memastikan bayaran yang diterima oleh artis veteran setimpal dengan pengalaman dimiliki mereka.
"Mereka (penerbit) seperti tidak prihatin dengan nasib pelakon veteran yang sepatutnya dihargai. Contohnya, Norlia Ghani yang mula berlakon sejak zaman P.Ramlee, dia bukan sebarang (orang) dalam industri, dengan kualiti dan pengalaman yang ada, sepatutnya (bayaran) berdasarkan merit mereka," katanya.
Kartina antara 20 artis veteran yang menerima sumbangan wang tunai RM5,000 serta bekalan produk makanan tambahan kesihatan daripada sebuah syarikat swasta pada majlis itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rendah diri
#pelakon veteran
#wang tunai
#menimba ilmu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan