awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Michelle Yeoh, Jean Todt berkahwin selepas 19 tahun bertunang

Gempak
Gempak
28/07/2023
08:10 MYT
Michelle Yeoh, Jean Todt berkahwin selepas 19 tahun bertunang
Pasangan itu mengumumkan telah rasmi berkahwin pada hari Khamis di Geneva, Switzerland, disaksikan oleh rakan dan keluarga. - Gambar/ Gempak
PEMENANG Oscar kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dan tunang, Jean Todt mengambil masa 6,992 hari, menyamai tempoh 19 tahun untuk berkahwin.
Pasangan itu mengumumkan telah rasmi berkahwin pada hari Khamis di Geneva, Switzerland, disaksikan oleh rakan dan keluarga.
Berita itu turut dikongsi oleh pelumba F1 Brazil Felipe Massa, 42, di akaun Instagramnya pada hari Jumaat, mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.
“Selamat perkahwinan #JeanTodt & #michelleyeoh sangat menyayangimu,” katanya.
Todt, 77, pertama kali bertemu dengan Yeoh, 60, di Shanghai, China pada 4 Jun 2004, dan selepas satu setengah bulan bercinta, legenda F1 Perancis dan eksekutif perlumbaan permotoran itu melamar kekasihnya pada 26 Julai 2004.
Tahun ini ternyata menjadi tahun yang dipenuhi dengan banyak perayaan untuk Yeoh. Pada bulan Mac lalu, dia mencipta sejarah dengan menjadi wanita Asia pertama memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk peranannya dalam Everything Everywhere All At Once (2022). - Gempak
Topic Berkaitan
#Michelle Yeoh
#kahwin
#Jean Todt
#tempoh bertunang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan