PENYANYI terkenal Miley Cyrus dan suaminya pelakon Liam Hemsworth akhirnya berpisah selepas kurang setahun mendirikan rumah tangga.

Menurut kenyataan jurucakap Miley kepada People.com, pasangan selebriti terkenal itu bersetuju untuk berpisah bagi memberi tumpuan kepada kerjaya dan diri mereka.

“Liam dan Miley setuju untuk berpisah buat masa ini.

“Dalam situasi yang sentiasa berubah ini, mereka telah memutuskan ini yang terbaik ketika mereka memfokus kepada diri dan kerjaya.

"Mereka masih penjaga yang bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan kesayangan ketika saat perpisahan ini.

"Diharap anda semua faham dan menghormati privasi mereka.”

Desas-desus perpisahan di antara Cyrus, 26, dan Hemsworth, 29, bermula pada Sabtu selepas penyanyi “Mother’s Daughter” itu memuat naik foto dirinya di Instagram tanpa memakai cincin perkahwinan.