SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar, 34, kini hamil anak sulung.
Tidak mahu mendedahkan usia kehamilan, Misha bersyukur kerana dirinya tidak mengalami alahan yang teruk.
"Sejujurnya, tidak banyak perkara yang dapat dikongsi kerana semuanya masih terlalu baru. Saya bersyukur kerana pada usia awal kehamilan ini, saya tidak mengalami alahan teruk malah setiap urusan kerja berjalan dengan lancar," kata Misha kepada BH Online.
Tambah Misha, suaminya merupakan insan yang paling gembira apabila mendapat perkhabaran yang dirinya kini sedang hamil.
"Suami saya gembira dan terharu. Dia begitu mengambil berat dan memberikan layanan istimewa. Ia membuatkan saya rasa dihargai.
"Saya rasa sangat terharu. Permulaan tahun 2016 ini membawa pelbagai memori manis dalam hidup saya. Saya berdoa agar diberikan Allah kesihatan yang baik supaya dapat melalui momen ini dengan indah," katanya lagi.
Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firos Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Sebelum ini, Misha mempunyai dua orang anak angkat, Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.
Gempak
Tue Mar 08 2016
Enggan mendedahkan usia kandungannya, Misha bersyukur kerana perjalanan awal untuk menjadi ibu dipermudahkan Allah SWT
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Misha Omar, keluarga sembuh dari COVID-19: Vaksin dan penggalak buat simptom tidak teruk
Penyanyi Misha Omar mengumumkan dirinya telah bebas dan sembuh dari jangkitan COVID-19.
Misha Omar gembira hamil anak sulung
Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar, 34, kini hamil anak sulung.