Skip to main content

Hiburan

M.Nasir nafi sertai program anjuran Perkasa

61363780071_295x200.jpg
Penyanyi Datuk M.Nasir menafikan akan menghadiri majls anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) malam ini.

Seniman yang diberi gelaran sifu itu memberitahu, beliau mempunyai program lain yang telah diaturkan lebih awal.

"Saya mempunyai program lain yang telah diaturkan lebih awal, saya tidak akan menghadiri yang dianjurkan Perkasa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

SMS jemputan ke majlis Perkasa kepada media

Perkasa menganjurkan majlis bersama warga artis malam ini bertempat di Hotel Seri Pacific bermula pukul 8 malam.

Pertubuhan tersebut mendakwa lebih 100 orang artis akan menghadiri majlsi tersebut antaranya M.Nasir, Amy dan Awie.

Di majlis itu, Biro Kesenian dan Warisan Perkasa akan dilancarkan oleh Presiden pertubuhan tersebut, Datuk Ibrahim Ali.

Satu sesi dialog 'Rintihan Pengiat Seni' juga akan diadakan selepas pelancaran Biro Kesenian dan Warisan Perkasa.

Advertisement

Must Watch Video