awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Model dan isteri Justin Bieber, Hailey, diserang strok semasa bersarapan

Agensi
Agensi
14/03/2022
09:58 MYT
Model dan isteri Justin Bieber, Hailey, diserang strok semasa bersarapan
Peragawati berusia 25 tahun itu telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih seminggu menerima rawatan. - IG @haileybieber
HAILEY Bieber, isteri kepada bintang popular Justin Bieber, telah dimasukkan ke sebuah hospital di Palm Springs Amerika Syarikat awal minggu lalu, selepas mengalami gejala serangan strok.
Peragawati berusia 25 tahun itu bagaimanapun telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih seminggu menerima rawatan.
"Pada pagi Khamis, saya sedang bersarapan bersama suami apabila saya mula mengalami simptom seperti strok dan dibawa ke hospital," kata Hailey dalam satu kenyataan di Instagram Story.
"Doktor mendapati terdapat ketulan darah beku yang kecil di otak saya, menyebabkan kekurangan oksigen, tetapi badan saya berjaya mengatasinya dan saya pulih selepas beberapa jam.
"Walaupun ini pastinya salah satu detik paling menakutkan, saya kini di rumah dan sihat, dan saya sangat berterima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang menjaga saya," tulisnya.
Terdahulu, suaminya, Justin disahkan positif COVID-19 bulan lalu. Justin, 28, bagaimanapun telah pulih sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#Hailey Bieber
#Justin Bieber
#strok
#hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan