awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mungkin benda nak berlaku' - Ummi Nazeera dedah dijangkiti ketika hadiri jemputan rumah terbuka

Gempak
Gempak
14/05/2022
01:30 MYT
'Mungkin benda nak berlaku' - Ummi Nazeera dedah dijangkiti ketika hadiri jemputan rumah terbuka
Dr Izzar Anwari mengambil alih tugas menguruskan rumah dan anak-anak ketika Ummi menjalani isolasi. -Gempak
PELAKON Ummi Nazeera memaklumkan dirinya dijangkiti virus COVID-19 sejak seminggu lalu.
Menerusi Instagram Story, Ummi tidak menolak kemungkinan mendapat jangkitan selepas menghadiri acara rumah terbuka Aidilfitri baru-baru ini.
"Saya ada menghadiri jemputan rumah terbuka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka tanpa bersalaman dengan orang lain.
"Namun, ketika menjamu selera, seperti biasa saya menanggalkan pelitup muka.
"Mungkin benda nak berlaku," ujarnya yang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya yang sudah memasuki hari ketujuh.
Ummi bersyukur wabak itu tidak menjangkiti ahli keluarganya yang lain terutama anak-anaknya.
"Suami dan dua anak tidak dijangkiti. Semuanya bermula selepas kepala rasa berpusing-pusing dan pening berpanjangan.
"Saya juga alami simptom lain seperti demam, sakit tekak, kepala, telinga dan badan selain batuk berterusan," tambahnya.
Sementara itu, menerusi perkongsian suaminya, Dr Izzar Anwari dia mengambil alih tugas menguruskan rumah dan anak-anak mereka sepanjang isterinya menjalani isolasi.
"Isteri tercinta saya telah dijangkiti COVID-19. Sebab beraya la ni kan. Takpe takde rezeki boleh kena tu.
"Alhamdulillah anak-anak serta saya sekarang tak bergejala. Ummi pun bergejala ringan sahaja. Nasib baik dah amik vaksinasi.
"Isolasi seorang diri kat dalam bilik tengok K-drama. Sayalah kena menjaga anak-anak.
"Jom sama-sama doakan wife saya sembuh segera, serta bertambah rezeki dan keluarga bertambah bahagia.
"Tapi takpa, esok hari terakhir wife saya nak berisolasi. Pastu Sabtu boleh sambung beraya kat luar," ujarnya.
Dr Izzar turut menasihati orang ramai agar terus berwaspada dan mematuhi cara isolasi seandainya dijangkiti virus berkenaan.
Malah, berpesan pada orang ramai agar tidak perlu mencipta stigma takut akan bekas pesakit COVID-19.
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Ummi Nazeera
#Izzar Anwari
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan