AKTIVIS dan juga bekas penyanyi terkenal, Mizz Nina meluahkan rasa lega apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa membenarkan permohonannya untuk menarik balik kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi anak angkat mereka iaitu Musa, 2.
Jelas Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman, isu hak penjagaan anak angkat mereka tidak perlu dibangkitkan lagi kerana dokumen penuh sebagai penjagaan Musa sudah disahkan secara mutlak.
"Saya mempunyai dokumen pengangkatan yang mana tidak tertulis nama dia (Noh). Jadi dengan ada dokumen ini bermaksud tiada pertikaian.
"Saya tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang lengkap," katanya.
Mizz Nina yang ditemui di pekarangan mahkamah bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan serta Mahmud Abdul Jumaat.
Dalam pada itu, Fakhrul berkata Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah, justeru itu tiada isu yang berbangkit kerana kes kedua-dua kes sudah rasmi ditarik balik.
“Tiada isu apa-apa, seperti siapa yang nak melawat sebagainya kerana ini bukan kes penjagaan anak untuk anak kandung.
“Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan. Keputusan muktamad adalah kepada ibu anak tersebut yang memutuskan untuk memberi hak penjagaan penuh kepada Mizz Nina.
"Kami sudah tarik balik kedua-dua kes dan mahkamah sudah benarkan. Pihak sana menyuarakan mengenai kos pentaksiran, tetapi urusan itu antara peguam nanti dan Mizz Nina tidak terlibat," jelasnya.
Tambah Mahmud pula, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah sahkan hak jagaan di bawah nama Mizz Nina saja.
"Saya nak jelaskan agar orang tak salah faham. Ada orang cakap Mizz Nina buat penarikan itu sebab dia ubah fikiran dan sesetengah tak faham kenapa ditarik.
"Dalam JPN, hanya nama Mizz Nina seorang saja berdaftar. Berhubung kes hak penjagaan bersama kenapa dapatkan daripada pihak yang mendapat autoriti. Sebab itulah kami tarik balik sebab tak ada isu perlu dibicarakan dan diputuskan pihak mahkamah," katanya.
Sementara itu, Mizz Nina mendedahkan Musa mengalami trauma selepas hampir empat minggu berpisah dengannya.
Katanya, anak kecil itu juga mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sebaik di ambil dari rumah Noh pada bulan lalu.
"Musa diambil tanpa pengetahuan dan kebenaran ketika saya baru tiba di Jepun untuk urusan perniagaan. Bayangkan budak berusia dua tahun diambil, di bawa keluar dari rumah yang didiami selama dua tahun.
"Trauma yang dilalui kerana perlu berpisah dengan ibunya. Dia bukan barang, dia anak kecil yang tak tahu nak cakap, tetapi dia boleh rasa kesunyian, pengabaian.
"Tiga minggu lebih, kami tidak tahu dia di mana. Bayangkan apa yang kami rasa, bayangkan anak anda terpisah dengan anda selama tempoh itu," ujarnya.
Tambah Nina, dia terus membawa Musa mendapatkan rawatan dengan pakar psikiatri bagi membantu anak kecil itu mengatasi trauma yang dialami.
“Sebagai contoh kalau saya keluar, dia akan peluk saya kuat-kuat. Dia seolah seperti sudah hilang kepercayaan dan merasakan yang saya takkan kembali kepada dia.
"Dia juga tidak selesa bila saya nak bawa dia keluar," katanya yang kini mahu memberi fokus ke arah kehidupan Musa yang lebih baik, terutama dari segi agama.
Isu perebutan hak penjagaan Musa mula timbul selepas Mizz Nina mendakwa Noh mengambil Musa di rumah tanpa kebenaran dengan bantuan penjaga Musa.
Bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan adanya unsur penculikan. Sebaliknya mendakwa sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.
Vokalis Hujan itu kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa, yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.
Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 sebelum bercerai pada Ogos 2022 dan tidak dikurniakan zuriat.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 06 2024
Mizz Nina mendedahkan Musa mengalami trauma selepas hampir empat minggu berpisah dengannya. - Foto Sinar Harian
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
Tahun 2009 saya tak tahu Alif Ba Ta, hanya hafal al-Fatihah, tiga Qul - Mizz Nina
Mizz Nina 'menyahut' trend #10yearchallenge dengan perkongsian yang boleh dijadikan iktibar.
Noh, Mizz Nina reda jika tiada rezeki cahaya mata
Noh Salleh dna isteri tidak sedih seandainya tiada rezeki mereka untuk timang cahaya mata