awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ferrari perkenal kereta baharu untuk musim Formula 1 2026
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nabil Ahmad mohon maaf kepada Alyah secara langsung

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/11/2019
14:34 MYT
Nabil Ahmad mohon maaf kepada Alyah secara langsung
Jihan, yang mewakili Nabil memaklumkan hasrat tersebut kepada Alyah, 38, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan. - Gambar - @nabilzira
Pengacara Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Nabil Ahmad tampil membuat permohonan maaf secara langsung kepada penyanyi terkenal, Datin Alyah susulan tindakan menjadikan penyanyi itu sebagai bahan usikan.
Permohonan maaf itu dibuat sebaik sahaja Nabil dan Jihan Muse selesai membuat persembahan pembukaan pada konsert minggu kelima, malam ini.
Jihan, yang mewakili Nabil memaklumkan hasrat tersebut kepada Alyah, 38, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan.
“Datin pun fahamkan kami daripada keluarga GV besar, tetapi saya mewakili Nabil, dia kata dia nak minta maaf (kepada Alyah) sekiranya ada kata-kata yang mengguris hati Datin. Kami faham Datin mungkin tidak ambil hati,” kata Jihan.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah hati itu bagaimanapun secara professional memaklumkan bahawa beliau tidak pernah berasa hati dengan tindakan Nabil.
“Ada benda (kata-kata) yang dia (Nabil) cakap kadang-kadang macam perlu ke? Tetapi saya tidak ambil hati.
“Dia (usikan) macam sudah biasa, (dan) dia acara tahunan,” balas Alyah.
Nabil yang terkenal dengan lawak jenakanya dilihat sering mengusik Datuk Ramli MS dan isteri, Alyah setiap kali konsert Gegar Vaganza.
Dalam pada itu, Alyah sebelum itu muncul di pentas GV6 dengan membuat persembahan menerusi single terbaharunya, Meluruh.
Topic Berkaitan
#Datin Alyah GV6
#Gegar Vaganza
#GV6
#Nabil Ahmad
#Nabil minta maaf
#Noor Hasliah Abu Hasan
#pengacara Gegar Vaganza
#permohonan maaf secara langsung
#Ramli MS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan