awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
21/11/2024
23:00 MYT
Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun
Pemain gitar utama kumpulan Spider, Napie atau nama sebenarnya Hanafi Hamdan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.54 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh.
KUALA LUMPUR: Pemain gitar utama kumpulan Spider, Napie menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.54 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh.
Berita duka pemergian Napie atau nama sebenarnya Hanafi Hamdan disahkan isteri beliau, Norasidah Said kepada Astro AWANI.
Allahyarham Napie yang juga jurutera bunyi di Studio Luncai Emas milik seniman Datuk M Nasir meniinggal dunia pada usia 51 tahun akibat strok.
“Sekitar 12 tengah malam tadi, suami saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan pada pukul 3.54 pagi beliau menghembuskan nafas terakhir,” kata Norasidah ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Selain Norasidah, Allahyarham Napie juga meninggalkan tiga cahaya mata.
Menurut Norasidah, jenazah suaminya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.
Astro AWANI difahamkan, jenazah Allahyarham Napie juga akan dibawa ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang bagi pengurusan kafan dan solat sekitar pukul 9 pagi.
Kepada mana-mana kenalan Napie yang ingin memberi penghormatan akhir buat Allahyarham, boleh terus ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang.
Topic Berkaitan
#Napie Spider
#Napie Spider meninggal dunia
#studio Luncai Emas
#pemain gitar Spider
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan