awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazim Othman jawab dakwaan bercinta dengan Janna Nick

Gempak
Gempak
04/03/2023
23:30 MYT
Nazim Othman jawab dakwaan bercinta dengan Janna Nick
Nazim Othman menafikan dia sedang menjalin hubungan istimewa bersama aktres Janna Nick, sebaliknya, mengakui, mereka berkawan rapat. - Gambar GEMPAK
PELAKON Nazim Othman akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai gosip tular yang mendakwa dirinya kini sedang menjalin hubungan istimewa bersama aktres Janna Nick.
Kata Nazim, 38, dia dan Janna hanya berkawan rapat dan tidak lebih daripada itu. Malah jelasnya mereka sangat selesa setiap kali bertemu.
“Memang tak lah. Bukan gimik atau sebagainya, kerana kami berdua memang rapat dan baik. Kami selasa bila berjumpa sesama sendiri.
“Dalam berkawan ada beberapa jenis, ada yang kena jumpa banyak kali baru rapat, ada yang cepat. Macam saya dengan Janna, kami jujur dengan diri sendiri, berkongsi rasa, kongsi nasihat sesama sendiri, perkara itu keluar dengan natural,” katanya kepada Gempak.
Ditanya adakah dirinya sudah berpunya, aktor tinggi lampai itu menjelaskan bahawa dirinya masih single dan tidak mencari cinta melainkan ada keajaiban daripada Tuhan.
“Saya masih single. Saya dah sampai ke tahap yang tidak mencari dan tidak menanti. Cuma keadaan mungkin akan ada berlakunya satu perhubungan jika ada magis daripada Allah.
“Doakan jodoh saya dan Janna sebagai sahabat yang baik. Sebab saya memang menghargai dia dan dia memahami saya.
“Dia seorang yang sangat baik, tabah dan kuat. Beberapa kualiti yang ada pada dia buat saya terinspirasi dan saya juga begitu,” tambahnya.
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Janna dan Nazim dikatakan sedang menjalin hubungan cinta selepas aktres tersebut memuat naik gambar mereka keluar bersama di laman Instagramnya.
Malah, ada dalam kalangan wargamaya yang menyokong sekiranya mereka berdua disatukan.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#Nazim Othman
#Janna Nick
#Nazim dan Janna bercinta
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan