Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Tun Razak buat pertama kalinya muncul sebagai tetamu jemputan bagi rancangan bual bicara santai, Obviously Harith Iskander (OHI).
Episod kedua OHI yang dihoskan pelawak terkemuka negara itu turut menjemput penyanyi bersuara emas, Adibah Noor dan ahli silap mata dari Belgium, Aaron Crow.
Nazir berkata beliau sangat teruja apabila dijemput Harith dan percaya OHI bakal menjadi program pilihan rakyat Malaysia.
“Saya terhibur dan menyokong apa yang dilakukan Harith untuk program ini. Ia sesuatu yang baik.
“Saya fikir Malaysia sememangnya memerlukan rancangan yang bercakap mengenai perkara serius tetapi pada masa yang sama boleh bergelak ketawa,” katanya yang ditemui selepas rakaman OHI pada Sabtu.
Sementara itu Adibah Noor turut memuji OHI kerana berjaya menggabungkan selebriti dan ikon- ikon negara dalam menjadikan OHI lain daripada yang lain.
“Saya suka bila ia menggabungkan tokoh-tokoh negara dalam sesebuah rancangan yang sangat bersahaja yang mana rancangan ini akan membawa sisi berbeza tokoh itu yang belum pernah kita lihat,” kata Adibah.
Rata-rata penonton yang ditemui sangat terhibur dan mengakui jarang dapat melihat tokoh korporat seperti Nazir menjadi tetamu di program sedemikian.
Program bual bicara Obviously Harith Iskander episod kedua akan disiarkan pada jam 9.30 malam ini (Sabtu) di saluran 501 Astro AWANI.
Azyyati Ahmad
Sat Jun 04 2016
Program bual bicara Obviously Harith Iskander episod kedua akan disiarkan pada jam 9.30 malam ini (Sabtu) di saluran 501 Astro AWANI.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
CIMB perkenal kad debit Visa khas bantu kanak-kanak palsi serebrum
CIMB turut perkenalkan Hab Komuniti di cawangan-cawangan terpilih, meraikan 100 tahun perkhidmatannya kepada masyarakat dengan ruang untuk libat urus bermakna.
Menjana masa depan dengan pembiayaan untuk PKS teknologi hijau
GreenBizReady CIMB menawarkan latihan dan pembinaan kapasiti percuma untuk mempercepatkan pelaksanaan amalan perniagaan lestari oleh PKS, menerusi pelbagai inisiatif diterajui industri.
CIMB peruntuk RM2.5 juta tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank menawarkan kemudahan kepada pelanggan untuk permohonan Pelan Bantuan Banjir.
Bursa Malaysia ditutup tidak berubah
Bursa Malaysia ditutup tidak berubah pada Selasa dalam persekitaran prestasi serantau bercampur-campur.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Tekanan ketidakpastian kadar prestasi faedah AS heret turun Bursa Malaysia
Saham-saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, mencerminkan kekurangan minat pelabur susulan perkembangan di Amerika Syarikat (AS).
Penganalisis jangka OPR kekal 3.0 peratus bagi tahun ini
CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 3.00 peratus sehingga akhir 2025.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini dengan indeks petunjuk pasaran itu kembali pulih daripada penurunan mendadaknya sebelum ini.
CIMB catat untung bersih RM3.9 bilion dalam 6 bulan
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM3.9 bilion, meningkat 14 peratus tahun ke tahun bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024