awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO kesal kenyataan merempat David Teo terhadap P. Ramlee

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2016
01:52 MYT
NGO kesal kenyataan merempat David Teo terhadap P. Ramlee
Pengerusi Pemenang Tan Sri Yusoff Latiff berkata Teo tidak memahami latar belakang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang tidak berhasrat untuk menjadi seorang hartawan sebaliknya hanya ingin memartabatkan industri perfileman. - Gambar fail
GEORGE TOWN:Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di sini melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures (MiG), David Teo yang menyifatkan tempoh-tempoh akhir kehidupan seniman agung, Tan Sri P.Ramlee sebagai merempat.
Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Yusoff Latiff yang juga Presiden Kelab Peminat P.Ramlee berkata kenyataan David itu tidak dapat diterima dan kurang tepat.
Beliau yang juga Presiden Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Pulau Pinang berkata Teo tidak memahami latar belakang P. Ramlee tidak berhasrat untuk menjadi seorang hartawan sebaliknya hanya ingin memartabatkan industri perfileman negara.
BACA: Anak seni, netizen selar kenyataan David Teo ...'tak mahu merempat macam P Ramlee'
BACA: David Teo didakwa hina P. Ramlee: 'Pakcik saya tak pernah merempat' - Melissa Saila
"Walaupun beliau bukan seorang yang kaya dari segi wang ringgit, tetapi beliau mempunyai hati yang sangat kaya. Kita tidak seharusnya memandang wang ringgit semata-mata," katanya.
Teo dalam satu portal berita pada 7 Julai lalu menasihati artis di bawah syarikatnya supaya tidak menjadi seperti P. Ramlee yang hidup susah dan melarat pada akhir usianya.
Kenyataan itu mendapat kritikan cukup hebat daripada karyawan seni tempatan termasuk kalangan artis muda.
Teo telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan bahawa beliau membuat kenyataan dengan menyebut nama P. Ramlee dan mendakwa media telah tersalah lapor kenyataannya.
Kenyataan tersebut mengundang kemarahan pelbagai pihak khususnya peminat-peminat P. Ramlee.
Persatuan Seniman Malaysia turut menzahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan itu yang disifatkan biadap.
Topic Berkaitan
#NGO Pulau Pinang
#David Teo
#Tan Sri Yusoff Latiff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan