awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nikmati nga choy kai, petik nama Yasmin Ahmad... Michelle Yeoh luahkan cinta buat Malaysia

Nailah Huda
Nailah Huda
19/04/2023
04:34 MYT
Nikmati nga choy kai, petik nama Yasmin Ahmad... Michelle Yeoh luahkan cinta buat Malaysia
Tan Sri Michelle Yeoh beramah mesra bersama ratusan peminat yang menyambut kepulangannya di acara 'Homecoming Public Fan Meet' di ibu negara pada Selasa.
KUALA LUMPUR: “I am truly Malaysian.”
Demikian ujar Tan Sri Michelle Yeoh kepada ratusan peminat yang menyambut kepulangannya di acara ‘Homecoming Public Fan Meet’ di ibu negara pada Selasa.
Bagi anak kelahiran Ipoh itu, beliau tidak pernah meragui pengalaman membesar di Malaysia dalam membentuk jati dirinya sehingga menyumbang kepada kejayaan kini.
Antaranya termasuk pengalaman membesar dalam persekitaran dipenuhi kepelbagaian budaya, di mana Michelle merujuk kepada iklan ikonik yang dihasilkan Allahyarham Yasmin Ahmad mengenai kaum dan agama, sempena Hari Kemerdekaan.
“Kita telah belajar bagaimana untuk hidup bersama dan meraikan budaya berbeza. Ini menjadikan saya berfikiran global,” katanya pada sidang media semalam.
Michelle turut menyatakan kesyukuran atas pengalamannya di Ipoh yang digambarkan sebagai persekitaran yang kaya dengan kepelbagaian.
“Membesar di Malaysia, tentunya saya mempunyai ibu dan bapa yang garang. Namun, saya juga menerima pendidikan yang baik.
“Kami membesar dalam persekitaran yang ‘kaya’ dari segi alam sekitar, masyarakat dan juga peluang untuk memahami kepelbagaian,” ujarnya.
Malah, cinta Michelle buat Malaysia masih jelas, terutamanya apabila beliau mencuri masa untuk menikmati semua juadah kegemarannya meskipun hanya dapat meluangkan masa beberapa hari di Ipoh minggu lepas.
“Saya sudah makan kari laksa, nasi lemak, nga choy kai, hor fun,” katanya.
Mengulas mengenai potensi industri seni tempatan diangkat ke pentas dunia, beliau tidak menolak peluang untuk melibatkan diri dalam membangunkan industri negara.
“Why not?” jawab Michelle ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan peluang untuk terlibat dalam filem tempatan.
“Saya ingin bekerjasama rapat dengan pengarah-pengarah studio tempatan di sini, serta mereka yang boleh membawa perubahan,” tegasnya.
Michelle Yeoh terbuka kepada peluang bangun industri tempatan
Ini merupakan kali pertama Michelle pulang ke tanah air sejak mencipta sejarah memenangi beberapa anugerah terkemuka atas lakonannya dalam filem 'Everything Everywhere All At Once', termasuk Anugerah Screen Actors’ Guild, Anugerah Golden Globes dan Anugerah Akademi.
Selepas menghabiskan masa beberapa hari di Malaysia, Michelle dijadualkan pulang ke London untuk meneruskan penggambaran filem Wicked sebelum kembali semula ke tanah air pada Julai atau Ogos depan.
Topic Berkaitan
#Michelle Yeoh
#Oscar
#Ipoh
#nga choy kai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan