awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Noh Salleh dan Athira selamat bernikah

Gempak
Gempak
23/09/2023
06:05 MYT
Noh Salleh dan Athira selamat bernikah
Berita gembira itu dikongsi oleh Noh menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya. - Foto Instagram Noh salleh
PENYANYI Noh Salleh selamat bernikah bersama pilihan hatinya, Fatin Athirah Mustapa hari ini.
Berita gembira itu dikongsi oleh Noh menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Athira dan Noh, 23 September 2023,” tulisnya ringkas.
Tidak hanya tulisan ringkas, hantaran itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan wajah Noh dan isterinya tersenyum manis sambil berpandangan antara satu sama lain.
Pasangan itu juga kelihatan sungguh manis mengenakan busana putih cream ketika duduk di atas pelamin minimalis yang disediakan.
View this post on Instagram
A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh)
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu.
Terdahulu, Noh dan Athira melangsungkan pertunangan pada 7 Mei lalu.
Malah kad undangan perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.
Noh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak

Topic Berkaitan
#Noh Salleh
#selamat bernikah
#Fatin Athirah Mustapa
#mizz nina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan