KUALA LUMPUR: Kepesatan teknologi, terutamanya apabila negara bakal menikmati 5G tidak lama lagi, merupakan antara cabaran dalam memerangi lanun cetak rompak.
Namun, tegas Pemangku Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim, situasi itu mendambakan kerjasama lebih erat dan bersungguh-sungguh antara semua pihak berkepentingan.
Kerjasama itu, tegas beliau, termasuklah kerajaan, agensi bertanggungjawab dan penggiat seni serta tulang belakang industri itu sendiri
"Dengan kemajuan teknologi dan pelbagai cara untuk cetak rompak dan itu sendiri untuk diedarkan barangan cetak rompak. seperti saya katakan tadi Memang kita ada kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap laman sesawang berkenaan.
“Masalah sekarang ialah banyak laman sesawang baharu yang sama boleh dimuat naik semula. Semua ini jadi cabaran besar untuk industri muzik, tetapi kita sentiasa akan berusaha untuk mencari jalan agar menyekat semua laman sesawang yang menjalankan kegiatan laman cetak rompak ini,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI mengenai kempen #NoToLanun, khusus bagi memerangi aktiviti cetak rompak yang semakin berleluasa.
Dalam pada itu, Rosmin berkata, statistik global mengenai penggunaan hasil seni menunjukkan ia pada kadar yang membimbangkan, khususnya ketika teknologi berkaitan lebih maju dan pantas.
Katanya lagi, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan masyaraka lebih memahami natijah buruk akibat perbuatan itu, serta kesan jangka panjang ke atas industri ini.
"Sebanyak 27 peratus pengguna mendengar atau memperoleh muzik dari cara haram, 23 peratus daripada pengguna juga menggunapakai salinan penstriman muzik dan itu jelas menunjukkan kadar cetak rompak masih tinggi.
“Jadi cetak rompak ini mendatangkan kesan buruk kepada negara, bukan sahaja menjejaskan pendapatan sumber penggiat industri musik, tetapi juga menjejaskan hasil cukai negara, kesan buruk kepada masyarakat,” katanya lagi.
** Astro AWANI kini dalam usaha membantu industri seni tanah air membanteras cetak rompak menerusi kempen #NoToLanun. Berikan pandangan anda menggunakan tanda pagar #NoToLanun & #StopPiracyLah jika anda ingin bersama-sama membantu menyelamatkan industri seni tempatan.
Firdaus Azil
Fri Mar 19 2021

Rosmin Hashim berpendapat, kerjasama lebih erat antara semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan dan penggiat seni amat penting dalam usaha membasmi masalah cetak rompak.

Belum tiba masa lawan Brazil, Argentina - Hamidin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan dua gergasi bola sepak dunia, Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lepas.

Budak 2 tahun hilang di ladang kelapa sawit
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikhuatiri hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Kinabatangan sejak lima hari lalu.

Lorong 'SmartLane' USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE bermula hari ini
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ ke Seafield boleh menggunakan lorong paling kiri menerusi ujian rintis awam 'SmartLane' bermula hari ini.

Isu Pulau Pinang: "Saya ada sandaran" - Sanusi sedia ke mahkamah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bersedia untuk ke mahkamah berhubung dakwaan Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Isu Islamofobia antara yang akan dibincang dalam lawatan ke Paris - Zambry
Malaysia akan membincangkan isu menangani Islamofobia dalam lawatan sulung Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ke Paris, Perancis pada Khamis.

Agong zahir ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun TUDM ke-65
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-65 kepada seluruh warga dan veteran TUDM.

Polis Evo 3 catat kutipan RM25 juta dalam tempoh seminggu
Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Cinemas, Polis Evo 3 berjaya meraih RM25 juta dalam tempoh 7 hari sejak ia ditayangkan secara rasmi di pawagam.

Yayasan dan badan amal diminta sediakan laporan dan penyata kepada penderma - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua yayasan dan badan amal di negara ini agar menyediakan laporan dan penyata kepada setiap penderma.

Lima JBPM negeri terima Pengarah baharu mulai esok
Lima buah negeri akan menerima Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang baharu, mulai esok.

Gangguan bekalan elektrik di Cameron Highlands pulih - TNB
TNB menjelaskan gangguan bekalan elektrik lebih satu jam di sebahagian besar kawasan di Cameron Highlands berjaya dipulihkan sepenuhnya.

#NoToLanun: Kepesatan teknologi antara cabaran utama perangi cetak rompak
Situasi itu mendambakan kerjasama lebih erat antara semua pihak berkepentingan termasuklah kerajaan, dan penggiat seni.

#NoToLanun: Muat naik secara haram? Anda sedang diperhatikan! - Finas
Finas dan agensi berkaitan telah mengesan sumber dan lokasi tempat tinggal individu yang terbabit termasuk aktiviti memuat naik dan berkongsi di laman sosial.

#NoToLanun: Penguatkuasaan perlu diubah, mudahkan layari OTT
Pentingnya pendidikan sivik dalam kalangan pengguna sendiri dalam memastikan setiap kandungan yang diakses adalah secara sah.

#NoToLanun: Hasilkan karya bermutu untuk dihormati masyarakat dan elak cetak rompak - Mamat Khalid
Menurut pengarah Mamat Khalid, dengan rasa hormat itu, ia boleh memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak membeli barangan cetak rompak.

#NoToLanun: Rakaman di sebalik tabir mampu buka mata masyarakat - Sherry Alhadad
Bagi pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad, rakaman sebalik tabir sangat penting bagi membuka mata masyarakat melihat bagaimana mereka yang berada dalam industri seni tanah air bekerja.

Penguatkuasa perlu agresif tawan 'lanun', kami dah separuh mati - Seniman
Penguatkuasaan isu cetak rompak ketika ini perlu fokus kepada penjualan kandungan secara digital yang semakin serius.