awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
FAM ambil alih peranan teknikal NFDP, MSN kekal urus aspek pengurusan
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nubhan, isteri sah cerai talak kedua

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2025
06:30 MYT
Nubhan, isteri sah cerai talak kedua
Nubhan dan Dr Afidah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa. - Foto Sinar Harian
SEPANG: Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, mengesahkan lafaz cerai penyanyi Ahmad Nubhan terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada Ogos lalu, menjatuhkan talak kedua.
Hakim Syarie, Ummamuddin Yunus memutuskan talak pertama pada 19 Januari 2017 menjatuhkan talak satu sementara lafaz kedua secara talak rajie pada 26 Ogos lalu.
Mahkamah mengarahkan Dr Afifah selaku defendan menjalani tempoh edah selama tiga kali suci bermula lafaz kedua.
"Kedua-dua lafaz cerai itu berlaku di luar dan tidak dibenarkan oleh mahkamah, jadi lain kali jangan buat lagi," kata hakim syarie itu ketika menasihati Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39.
Ahmad Nubhan dan Dr Afifah yang juga doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
BERITA LANJUT MENYUSUL



Topic Berkaitan
#Ahmad Nubhan t
#Dr Afifah Hidayah
#mahkamah syariah
#cerai
#talak kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan